Tiga Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini.

63

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Rebutan Kerusi Pengerusi Fed.

Pada hari ini matawang U.S dolar mengukuh berikutan peningkatan hasil bon yang didorong oleh laporan yang mengatakan Presiden Donald Trump kelihatan lebih memihak kepada pakar ekonomi John Taylor  dilihat lebih hawkish berbanding pengerusi Fed sekarang iaitu Janet Yellen.

Trump juga dijangka akan berjumpa dengan Janet Yellen pada minggu ini sebagai rencana untuk mencari calon pengganti Yellen.

Pemain pasaran juga memberi tumpuan kepada Gabenor Fed Jerome Powell dan ahli Fed Kevin Warsh sebagai calon yang berpotensi menggantikan Yellen.

Indeks dolar meningkat keparas satu minggu tinggi pada 93.37, manakala hasil 2 tahun-bon U.S meningkat kepada paras tertinggi 9 tahun.

2. Harga minyak meningkat berikutan ketegangan di Iraq yang semakin marak.

Harga minyak terus meningkat selama 3 hari berturut-turut berikutan laporan yang menyatakan Iraq cuba mengawal minyak di daerah Kirkuk.

Harga Brent pasaran hadapan, meningkat 0.36% iaitu $58.02 setong pada jam 6.30 p.m.

Manakala harga minyak mentah pasaran hadapan WTI meningkat 0.5% iaitu pada 52.13.

Para pelabur menanti laporan data minyak mentah dan produk penyulingan mingguan pada keesokan pagi sebagai ukuran kekuatan permintaan minyak oleh pengguna.

3. Inflasi UK meningkat ke paras tertinggi 5 tahun lalu.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan UK (ONS) kadar CPI meningkat sebanyak 3.0% berdasarkan kiraan tahunan pada bulan lepas berbanding peningkatan 2.9% pada bulan Ogos.

Bacaan peningkatan 3.0% sejajar dengan unjuran jangkaan dan merupakan bacaan tertinggi sejak musim luruh 2012.

Gabenor Bank Pusat England (BoE) berucap pada hari ini di mana para pemain pasaran akan memberi tumpuan pada ucapan ini untuk menyemak pandangan terkini beliau berkenaan polisi monetari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat