TikTok Disaman Kerana Sebabkan Budak 10 Tahun Mati

673

‘Menari, gelek-gelek tak apa lagi. Ni trend sampai boleh hilang nyawa apa cerita.’

Disebalik keseronokan mengikuti trend-trend menarik dalam aplikasi video pendek TikTok, terdapat sisi gelapnya yang merbahayakan nyawa terutama kepada kanak-kanak.

Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang tinggal di Philadelphia Amerika Syarikat (AS), Nylah Anderson telah kehilangan nyawa selepas membuat satu cabaran (trending challenge) yang menyaksikan beliau mencekik diri sendiri sampai pengsan.

Kanak-kanak malang yang tidak menyedarkan diri itu telah dikejarkan ke hospital dan diletakkan dalam unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Disember lalu.

Ekoran daripada itu, keluarga Anderson telah menfailkan saman kepada syarikat induk TikTok, ByteDance Inc yang dipercayai gagal menyekat algoritma cabaran tersebut pada laman ‘for you page‘ mereka.

Penfailan oleh ibu kepada mangsa, Tawainna Anderson menerangkan bahawa semasa kejadian peranti anaknya sedang memaparkan video cabaran tersebut yang mana beliau percaya mendiang sedang melakukan trend yang sama seperti yang dilihat.

Sedikit penerangan mengenai trend tersebut, peserta difahamkan akan mencekik diri mereka sendiri dengan menggunakan barangan rumah seperti tali kasut atau kord wayar sehingga pengsan selama beberapa saat dan merakam reaksi sebaik sedar.

Tambah Tawainna, cabaran tersebut hanya salah satu daripada beribu cabaran yang membahayakan nyawa, dan sepatutnya disekat paparannya daripada dilihat oleh kanak-kanak.

Jurucakap TikTok telah menzahirkan rasa simpati mereka kepada keluarga mangsa namun tidak mengulas lanjut mengenai litigasi kes yang sedang berjalan.

Sebagai pembelaan diri, syarikat menyatakan bahawa cabaran ‘gila‘ tersebut bukan asalnya daripada sumber TikTok tetapi dimuat naik ke dalam aplikasi mereka dan ByteDance akan kekal komited dalam memastikan keselamatan pengguna serta jenis kandungan yang dipaparkan.

Melihat kepada perkara ini, sudah banyak terjadi kes-kes bahaya melihatkan kanak-kanak bawah umur yang berkaitan aplikasi media sosial.

Lihat sahaja Instagram yang kini sedang giat membangunkan aplikasi khas Instagram untuk kanak-kanak dan kes di mana Snapchat telah menyebabkan kemalangan jalan raya.

Sungguhpun umur aplikasi TikTok yang masih setahun jagung, ia telah menyaksikan penambahan pengguna sebanyak 75% pada 2020 sahaja dan memperkenalkan pelbagai cabaran yang menarik.

Namun, dengan bertambahnya komuniti maka bertambah juga risiko dan tanggungjawab yang perlu digalas bagi memastikan keselamatan platform tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat