TikTok Pikat Pekerja Google Dan Facebook, Ada Muslihat Tersembunyi!

599

Sebelum ini, TikTok telah pun berhadapan dengan ancaman oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, syarikat tersebut bertindak mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada 10,000 individu di negara kuasa besar itu dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Kini, aplikasi perkongsian video milik negara China itu telah mempunyai pekerja seramai 1,400 orang di Amerika Syarikat. Lebih mengejutkan ialah mereka juga turut mengupah beberapa kakitangan daripada 2 buah syarikat terkemuka iaitu Google dan Facebook termasuk pegawai berjawatan tinggi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan tidak memberikan sebarang respon tentang isu tersebut.

Menurut sebuah analisis, TikTok telah pun menawarkan pekerjaan kepada 337 bekas kakitangan daripada kedua-dua buah syarikat, Google dan Facebook.  Manakala di Amerika Syarikat, aplikasi berkenaan menggunakan kepakaran 158 individu yang pernah bekerja di 2 buah syarikat itu. Sebilangan daripada mereka meninggalkan Google dan Facebook beberapa tahun yang lalu tetapi kebanyakan dari mereka baru-baru ini telah bertindak meletakkan jawatan di syarikat Silicon Valley itu untuk bekerja dengan TikTok.

Antaranya ialah Blake Chandlee, yang merupakan bekas naib presiden perkongsian global Facebook. Beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya pada awal tahun ini setelah berkhidmat di syarikat berkenaan selama 12 tahun. Kini, beliau dilantik sebagai wakil perniagaan global TikTok, yang berpusat di New York.

Selain itu, Chen-Lin Lee juga mengambil keputusan yang sama dengan meninggalkan Facebook pada tahun lalu setelah 9 tahun di syarikat itu dan kini bekerja sebagai pengarah perkongsian TikTok di Mountain View.

Bukan itu sahaja! TikTok didakwa memikat beberapa pekerja profesional daripada syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat untuk membantu dalam meluaskan lagi perniagaan mereka. Salah seorang daripadanya ialah Kim Louie, yang merupakan seorang pengurus pengambilan di Facebook sehingga Mac. Dia kini menjadi ketua pengambilalihan bakat TikTok, yang berpusat di New York. Sebelum berkhidmat di Facebook, Louie adalah technical sourcer di Google.

Sementara itu, Raymond Chen telah melepaskan jawatan sebagai technical recruiter di pejabat Google yang terletak di New York pada bulan lalu untuk berkerja dengan pasukan talent acquisition dan mencari security talent di TikTok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat