Timbul Curiga, CZ Pindahkan $584 Juta Token FTT Ke Binance!

768

Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif Binance dilaporkan telah bertindak memindahkan $584 juta dalam mata wang kripto FTX (FTT) kepada Binance sebagai sebahagian daripada proses pencairan yang diumumkan.

CZ mengumumkan bahawa Binance bakal mencairkan token FTT mereka dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

Diperjelaskan bahawa Sam Bankman Fried (SBF) iaitu pengasas kepada syarikat perdagangan Alameda Research dan pengeluar token FTT telah memegang aset digital tersebut yang bernilai lebih $3 bilion.

Rentetan itu, Alameda Research dikatakan menggunakan FTT sebagai salah satu cagaran bagi meminjam stables USD, tetapi kebanyakan pelabur meluahkan kecurigaannnya mengenai sebab Binance tidak menjual pegangan FTT secara terus kepada SBF sebaliknya ke pasaran terbuka.

Oleh itu, terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa Binance menganggap FTT sebagai liabiliti dan pencairan tersebut dilakukan agar dapat mengurangkan risiko.

Namun, CZ menafikan pertuduhan itu sekeras-kerasnya apabila influencer kripto bernama Ran Neuner menyatakan bahawa matlamat beliau menjual pegangannya adalah semata-mata untuk memusnahkan penyelidikan Alameda.

Difahamkan, isu berikut telah memberi kesan negatif kepada harga token FTT dengan menyusut lebih 10% dalam tempoh 24 jam lalu, yang kini berlegar-legar pada paras $21 hingga $22.

Jika FTT tersebut memecahkan paras sokongan $21 maka aset digital tersebut berkemungkinan tinggi akan membuat penurunan drastik .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat