Tindakan Bank Negara Seperti Memakan Diri Sendiri

87

Tindakan Malaysia yang memaksa pelabur asing dalam pasaran domestik untuk tidak melibatkan diri di pasaran derivatif luar negara tahun lepas, adalah bagi mengurangkan tekanan kepada kejatuhan Ringgit. Namun begitu, tindakan ini seperti memakan diri sendiri, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Reuters.

Ringgit merupakan matawang yang paling berperestasi buruk dalam pasaran baru membangun (emerging market) di Asia selepas matawang Yuan. Hal ini lah yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) meminta kenyataan bertulis dari bank luar negara untuk menghentikan dagangan Ringgit di pasaran Non-Delivarable Forwards (NDF). Dagangan oleh bank luar negara di NDF adalah untuk mengurangkan risiko pelaburan mereka, tetapi hal ini dihalang oleh BNM.

Siri tindakan oleh BNM ini telah memakan diri sendiri di mana terdapat aliran modal keluar dari pasaran bon di Malaysia yang berjumlah $US47 billion kerana pelabur-pelabur asing ini tidak boleh membuat ‘hedging‘ kepada pelaburan mereka di pasaran luar negara.

Kata Gene Frieda, penganalisis di Pimco sebuah syarikat pengurusan dana di London, “Pasaran itu seperti telah dibunuh”. Beliau menyalahkan tindakan BNM yang melarang pelabur membuat hedging telah menyukarkan dagangan bon dibuat.

Penganalisis di Nomura pula berkata dalam tempoh November hingga Januari aliran modal yang keluar dari Malaysia mencapai paras tertinggi dalam masa tiga bulan, berjumlah RM27.9 billion. Pegangan bon oleh pelabur asing kepada bon Malaysia juga semakin berkurangan ke paras 46 peratus dari 51.6 peratus pada Oktober.

Aliran keluar modal dari pasaran bon ini adalah berikutan pelabur asing tidak lagi berminat untuk melabur dalam pasaran bon Malaysia. Apabila pelabur asing tidak berminat dengan pelaburan di Malaysia, mereka akan melepaskan pegangan atau menjual bon-Malaysia yang akan menyebabkan aliran keluar wang dari Malaysia ke luar negara. Aliran ke luar wang juga akan menyebabkan nilai Ringgit jatuh.

Nantikan ulasan lebih lanjut tentang perkara ini dari masa ke semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat