Tindakan Biden Sebenarnya Tak Betul? Ini Jawab OPEC!

535

Komoditi hitam didagangkan stabil, setelah mendapat sokongan daripada amaran OPEC mengenai pelepasan minyak rizab oleh pengguna utama minyak dunia.

Pada hari Selasa, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengumumkan bahawa negara itu akan mengeluarkan sebanyak 50 juta tong daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR) yang selaras dengan beberapa pengguna utama dunia lain.

Bagaimanapun, OPEC kemudiannya memberi amaran bahawa tindakan tersebut boleh meningkatkan lebihan minyak mentah yang diunjurkan pada awal tahun depan.

Kumpulan penasihat OPEC meramalkan bahawa lebihan dalam pasaran akan meningkat sebanyak 1.1 juta tong sehari pada Januari dan Februari sekiranya 66 juta tong dimasukkan ke pasaran dalam tempoh dua bulan.

Selain itu, beberapa anggota OPEC juga mengatakan bahawa pelepasan tersebut mungkin akan mengakibatkan mereka menahan pengeluaran minyak mentah pada bulan Januari depan.

OPEC dan sekutunya, yang lebih dikenali sebagai OPEC+ akan mengadakan pertemuan pada 1 dan 2 Disember untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai pengeluaran minyak mentah bulanan.

Menjelang akhir sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit meningkat pada $82.30 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula berlegar pada $78.35 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat