Tindakan China Telah Redakan Kebimbangan Pasaran? Ini Sentimen Terkini Pergerakan Matawang!

672

Matawang euro mencatat penyusutan berbanding US dolar pada hari Selasa. Para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan disebabkan penularan wabak koronnavirus telah memberi tekanan terhadap ekonomi.

Setakat ini sebanyak 20,438 kes wabak koronavirus telah dilaporkan di China pada hari Isnin dan 425 orang telah menemui kematian berikutan wabak ini. Pada hari ini, dilaporkan bahawa Hong Kong telah mencatat kematian pertama disebabkan wabak Koronavirus manakala disisi lain Singapura dan Thailand masing-masing melaporkan 6 kes baru pada hari Selasa.

Laporan data Eropah pada hari ini menunjukkan harga pengeluar zon Eropah mencatat kejatuhan pada bulan Disember. Ini merupakan kejatuhan berturut-turut selama 5 bulan namun kejatuhan pada bulan Disember lebih perlahan pada bulan November. Berdasarkan laporan Eurostat, harga pengeluar jatuh sebanyak 0.7% setahun.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.13% berbanding US dolar pada paras 1.1042 setakat jam 10.30 p.m.

Disisi lain, matawang sterling jatuh ke paras terendah enam minggu berbanding US dolar pada hari Selasa sebelum mencatat pengukuhan. Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah mengeluarkan pandangan yang sedikit menggusarkan sehingga menimbulkan kekhuatiran bahawa adakah perjanjian perdagangan antara UK dan Eau dapat dicapai sebelum akhir tahun. Kedua-dua pihak dilaporkan memiliki visi yang bebeza dalam mengendalikan arah tuju selepas pasca Brexit.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.13% pada paras 97.778 setakat jam 10.40 p.m. Antara faktor mendorong pengukuhan US dolar ialah kebimbangan terhadap koronavirus semakin berkurangan.

Tindakan China untuk mengurangkan impak ekonomi akibat koronavirus dilihat telah menyokong sentimen, di mana pasaran saham dan matawang yuan China mula mempamerkan pemulihan pada sesi dagangan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat