Tindakan ECB Kekalkan Kadar Faedah Beri Peluang Kepada USD Untuk Bersinar

311

Bank Pusat Eropah (ECB) mengejutkan pasaran dengan keputusannya untuk mengekalkan kadar faedah paras terendah iaitu 0.00%, tidak seperti bank-bank pusat utama dunia lain yang melakukan pelonggaran untuk merangsang ekonomi bagi memerangi wabak pandemik coronavirus.

Namun begitu, untuk tidak mengecewakan pelabur, ECB mengumumkan langkah-langkah rangsangan baru dengan memperkenalkan pinjaman murah untuk bank pada kadar faedah serendah -0.75%.

Langkah ini diambil bertujuan untuk memberi insentif kepada bank untuk meminjam wang daripada bank pusat dan meminjamkannya kepada perniagaan serta orang ramai. Selain itu, bank pusat juga akan meningkatkan pembelian bon sebanyak 120 bilion euro menjelang akhir tahun ini.

Kecewa dengan keputusan dan langkah rangsangan yang kurang menarik perhatian pelabur, matawang euro mencatat penyusutan berbanding US dolar, sebelum diniagakan mendatar pada sesi Asia hari ini.

Itali menjadi negara kedua yang paling teruk terjejas selepas China, kini merekodkan kes jangkitan meningkat kepada 15,113 dan 1,016 kematian. Ini membawa jumlah kes di seluruh dunia 134,679 dan 4,973 kematian.

Permintaan terhadap matawang US dolar yang meningkat juga mendorong kelemahan euro, apabila Federal Reserve Bank of New York memperkenalkan operasi repo baru yang bernilai $1.5 trilion pada minggu.

Dolar USD melonjak naik dengan ketara berbanding beberapa matawang utama selepas pengumuman ECB dan terus meraih keuntungan susulan pengumuman Fed New York, di mana indeks dolar meningkat 0.9% untuk diniagakan pada 97.45.

Di sisi lain, dolar Aussie diniagakan menyusut ke paras terendah sejak November 2009 berbanding USD.

Dolar Aussie dan New Zealand terus didagangkan lemah memandangkan para pelabur mengelak untuk mendapatkan matawang berisiko yang dikaitkan dengan perdagangan komoditi global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat