Harga saham GameStop Corp jatuh merundum 9.2% pada Khamis di kala kebanyakan pelabur individu menantikan perkembangan mengenai perancangan terbaharu syarikat.
Syarikat permainan video itu mencatatkan lonjakan jualan pada suku tahunan sebanyak 25% dan pada baru-baru ini ia telah mengumpul lebih daripada $1 bilion dalam ekuiti baharu.
Namun begitu, para eksekutif syarikat sama sekali tidak memberi perincian yang jelas terhadap perancangan dalam memperbaharui dan memajukan syarikat.
Pada Khamis, harga saham GameStop susut sehingga mencapai paras terendah mingguan pada $180.53 sebelum kembali melonjak sedikit mencapai paras harga $199.01.
Penganalisis Wedbush, Michael Pachter berkata ini adalah kali ketiga para pelabur menantikan agar pihak pengurusan dapat mengartikulasikan strategi namun syarikat itu dilihat masih gagal untuk melaksanakannya.
Tambahnya juga GameStop berkemungkinan akan terus berjanji namun kekal berdiam diri untuk melakukannya dan bakal terus mencari jalan untuk meningkatkan penjualan dalam talian.
Susulan daripada faktor tersebut, ia menilai bahawa saham Gamestop berkemungkinan bakal mengekalkan prestasi yang lemah dan dijangka bakal susut sehingga ke paras $50.
GameStop juga dilihat menghadapi persaingan sengit dari Microsoft Corp’s Xbox yang sedang membangunkan peranti penstriman yang berteknologi tinggi.
Pada ketika ini, forum media sosial dipenuhi dengan keluhan oleh para pelabur dek kerana kurangnya pendedahan perincian mengenai strategi Gamestop.