Tindakan Keras BNM Menakutkan Pelabur Luar Negara, Rizab Asing Jatuh

122

Tindakan keras BNM kepada spekulator matawang sebenarnya adalah baik untuk melindungi Ringgit, tetapi tindakan ini memerlukan ‘Kos’. Tidak dinafikan BNM berjaya mengurangkan ‘volatility‘(turun-naik), tetapi ia juga membimbangkan pelabur luar.

Langkah yang diambil oleh BNM untuk menyerap tekanan dagangan di pasaran luar ‘non-delivarable forward‘ (NDF) sebenarnya menyukarkan pelabur luar untuk melindungi pelaburan mereka (hedging) di Malaysia.

Macquarie Bank Ltd. Global Funds salah sebuah ‘pengurus dana’ dari luar negara mengurangkan pelaburan mereka di pasaran bon Malaysia sebanyak RM25.2 billion sehingga Disember 2016, yang merupakan aliran dana keluar terbesar sejak 2008.

Penganalisis dari National Bank Australia berkata bahawa, tindakan BNM yang menghalang bank di Malaysia membuat ‘hedging‘ di pasaran luar akan menyebabkan pelabur dalam dan luar negara hilang keyakinan kepada Malaysia. Beliau menambah pergerakan Dolar/Ringgit adalah banyak didominasi oleh faktor US dolar, dan BNM tidak boleh menghalang perkara ini.

Tetapi tidak semua pesimis terhadap Ringgit. Bank UOB menjangkakan Ringgit akan menguat kepada RM4.35 bagi setiap dolar pada pertengahan tahun ini berikutan kenaikan harga minyak global yang merupakan eksport kedua terbesar Malaysia.

Aset rizab asing Malaysia yang semakin berkurangan juga agak membimbangkan dan bermaksud BNM tidak mempunyai lebih kuasa untuk melindungi Ringgit.

Pada Disember BNM melaporkan, aset rizab rasmi berjumlah USD97.798 billion dan berkurang kepada USD95 billion sehingga 13 Januari yang merupakan paras terendah dalam masa 14 bulan. Bloomberg melaporkan Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengalami kejatuhan rizab asing sejak empat tahun lalu.

BNM Menggunakan Rizab Asing Melindungi Ringgit

Pada awal November 2016, BNM mengakui melaksanakan campur tangan (intervention) dalam pasaran mata wang bagi melindungi Ringgit.

Untuk pengetahuan umum, bagi menjalankan intervention dalam pasaran matawang, BNM akan menggunakan rizab matawang asing untuk di jual-beli bagi menstabilkan nilai Ringgit. Dalam hal ini bagi melindungi Ringgit dari kejatuhan, Bank Negara memerlukan rizab matawang asing untuk membeli semula Ringgit bagi menaikkan semula nilainya.

Pun begitu, campurtangan BNM seakan-akan tidak memberikan kesan kenaikan kepada nila Ringgit yang menjadikan rakyat Malaysia meragui kapasiti yang ada pada BNM. Paras rizab matawang asing negara juga menjadi tanda tanya, adakah BNM mempunyai cukup rizab untuk terus melindungi Ringgit.

Persoalannya sekarang, apa pula yang akan dilakukan oleh BNM jika rizab berkurang ke tahap terendah? Adakah BNM akan meminjam dari Bank Dunia? Jika tidak meminjam dari Bank Dunia, adakah kita hanya akan melihat sahaja Ringgit terus jatuh dalam jangka masa panjang? Sama-sama kita nantikan tindakan selanjutnya dari BNM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat