Tindakan Provokasi Kapal Perang Amerika Syarikat Bangkitkan Kemarahan China

738

Dua kapal perang tentera laut Amerika Syarikat dilaporkan berlayar berhampiran pulau-pulau yang dituntut oleh China di perairan Laut China Selatan sejak beberapa hari yang lalu. Laporan yang disahkan oleh tentera AS tersebut muncul ketika situasi antara AS dan China semakin menegang.

Laluan air yang paling sibuk itu juga merupakan salah satu titik punca yang bakal menjejaskan hubungan AS dan China yang turut membabitkan perang dagang, sekatan AS, politik di Hong Kong dan Taiwan.

Tentera China mengesahkan laporan tersebut selepas pasukannya mengesan kapal perang AS sedang berlayar berhampiran perairan China.

Bagi menjawab laporan itu, China telah mendesak AS supaya menghentikan perbuatan provokasi tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dan turut berkata bahawa China mempunyai kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan di atas kepulauan Laut China Selatan dan kawasan di sekitarnya.

Pada awal minggu ini, Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper telah bertemu dengan Menteri Pertahanan China Wei Fenghe untuk rundingan tertutup. Di rundingan peringkat tinggi tersebut, China telah menggesa tentera AS supaya berhenti memberi ancaman di Laut China Selatan dan menambah ‘ketidakpastian baru’ terhadap Taiwan.

Selama ini, angkatan laut AS kerap membangkitkan kemarahan China dengan menjalankan operasi yang disebut sebagai ‘kebebasan navigasi’ yang menegaskan kebebasan akses ke laluan air antarabangsa, berdekatan pulau-pulau jajahan China.

China  menuntut hampir semua kekayaan tenaga di kepulauan tersebut, di mana ia telah menubuhkan pos ketenteraan di pulau buatan. Bagaimanapun, Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga turut menuntut sebahagian daripada kepulauan itu.

AS telah menuduh China menunjukkan kuasa tenteranya di perairan tersebut dan cuba menakut-nakutkan negara-negara Asia lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat