Tindakan Trump Jadi Kebimbangan! – Apakah Nasib Perjanjian Dana Rangsangan?

671

Penolakan dari Presiden Donald Trump terhadap pakej rangsangan yang berjumlah $900 bilion dan dana rang undang-undang $1.4 trilion yang diluluskan oleh Kongres pada minggu ini telah memberi tekanan terhadap Demokrat dan Republik kerana ia boleh membawa kepada ‘government shutdown’ atau penutupan kerajaan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan hasrat untuk menggunakan kuasa vetonya untuk menolak dana yang dipersetujui oleh Kongres.

Disisi lain, Speaker Dewan Rakyat, Nancy Pelosi dan Ketua Senat, Minoriti Chuck Schumer juga menyatakan sokongan kepada cadangan Trump yang mengusulkan pembayaran langsung dinaikkan kepada $2,000 setiap orang.

Walaubagaimanapun, belum ada reaksi dari pemimpin majoriti Senat, Mitch McConnell yang belum mengatakan apakah beliau menyokong pakej rangsangan yang lebih besar.

Kompromi bernilai $ 900 bilion yang dicapai oleh McConnell boleh memberi sokongan kepada Kongres Republikan (GOP) terutama dua senator Republikan yang bakal menghadapi pilihan raya pada 5 Januari. Jumlah yang ditawarkan tersebut dilihat mencukupi dan GOP tidak mahu perbelanjaan yang besar seperti yang diusulkan oleh Demokrat.

Sekiranya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggunakan kuasa vetonya untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) itu, Kongres terpaksa mencari jalan lain. Trump dapat mengunakan kuasa vetonya, dimana beliau tidak perlu menandatangani Rang Undang-Undang (RUU). Sekiranya demikian terdapat kemungkinan bahawa pentadbiran kerajaan akan ditutup selama 3 hari bermula pada hari Isnin.

Pada hari ini,dalam masa yang sama Donald Trump telah menggunakan kuasa vetonya untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) dana pertahanan yang diluluskan oleh Kongres pada bulan ini.

Trump membantah peruntukan yang bakal menyekat keputusannya untuk memanggil semula tentera AS di Afghanistan dan Eropah serta menamakan semula pangkalan tentera.

Selain itu, Trump juga mengecam RUU itu kerana enggan melayan permintaannya untuk menghentikan perlindungan liabiliti bagi syarikat media sosial yang dikenali sebagai Bahagian 230.

Pelosi dijangka akan mengusulkan cadangan pembayaran sebanyak $2,000 dalam Dewan Rakyat bagi mendapat pungutuan suara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat