Tindakan Trump Melemahkan US Dolar Selepas Ia Melonjak Oleh Komen Hawkish Powell

553

US dolar pada minggu lalu (26 Feb – 02 Mac) didagangkan volatile (turun-naik) dengan dua event penting mempengaruhi pergerakan matawang ini iaitu ‘keterangan Powell di kongres dan tariff import keluli oleh Trump’. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain hampir tidak berubah minggu lalu berikutan dua event yang memberi kesan yang berbeza kepada USD.

Pada mulanya US dolar membaut kenaikan pada Selasa dan Rabu kesan daripada komen hawkish pengerusi baru Fed Jerome Powell. Dengan komen-komen yang lebih meyakinkan, ia telah menambah keyakinan pasaran bahawa Fed akan melanjutkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur. Powell mengatakan secara langsung bahawa sasaran inflasi akan dapat dicapai dan mengatakan ekonomi akan terus kukuh dalam tempoh dua tahun akan datang.

Sebelum ini dalam mesyuarat Disember, The Fed hanya menjangka 3 kali kenaikan kadar faedah. US dolar membuat kenaikan pada awal tahun ini berikutan pasaran mula menjangka kenaikan adalah lebih daripada 3 kali berikutan data-data ekonomi Amerika yang baik. Oleh itu, komen Powell pada Selasa lalu di Kongres seakan mengesahkan jangkaan pasaran ketika ini bahawa akan terdapat kenaikan kadar faedah yang lebih pantas tahun ini.

Kenaikan US dolar berterusan sehingga Rabu dan mula membuat penurunan pada Khamis apabila Trump mengumumkan tariff import terhadap keluli dan aluminium sebanyak 25% dan 10%.

Pada mulanya pengumuman Trump memberi kesan positif kepada US dolar, namun tidak sampai beberapa jam – pada pukul 3 pagi Jumaat sentimen ‘risk-off‘ (risiko pasaran) tercetus akibat kebimbangan pasaran terhadap potensi ‘perang perdagangan’.

Perang perdagangan dibimbangi tercetus khususnya antara AS, China, Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun. Kebimbangan pasaran semakin meningkat apabila beberapa negara terutamanya Kanada dan Mexico juga akan membuat perkara yang sama terhadap import barangan Amerika ke negara mereka.

Hal ini, seterusnya diterjemahkan ke dalam pasaran forex yang menyebabkan kemasukan pelabur kepada aset ‘safe-haven’ seperti Yen, Swissy dan emas. Dalam masa yang sama juga US dolar tertekan kerana kebimbangan pasaran terhadap tindakan Amerika Syarikat yang terlalu ‘protectionist’ (terlalu menjaga ekonomi mereka).

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

19-23 Feb 26 Feb-02 Mac
Eur/Usd- jatuh 175 pip Eur/Usd – Volatile 200 pip
Usd/Jpy– 181 pip volatile Usd/Jpy – Jatuh 242 pip
Gbp/Usd– 193 pip sideway Gbp/Usd – Jatuh 359 pip
Usd/Chf- naik 147 pip Usd/Chf – Volatile 165 pip
Usd/Cad– volatile 230 pip Usd/Cad – Naik 300 pip
Aud/Usd– jatuh 145 pip Aud/Usd – Jatuh 181 pip
Nzd/Usd– jatuh 139 pip Nzd/Usd – Jatuh 159 pip

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Imbangan dagangan New Zealand (Selasa)

Imbangan perdagangan New Zealand adalah data yang menunjukkan hasil tolak (eksport – import). Defisit dagangan New Zealand semakin berkurangan pada Januari kepada hanya -566 juta dengan jangkaan pasaran -2710 juta.

  • Data durable-goods AS (Selasa)

Durable-goods adalah barangan tahan lama seperti mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain. Tempahan durable-goods di AS pada Januari merosot -3.7% berbanding jangkaan -2.4% dan bacaan Disember yang meningkat 2.8%.

  • Data keyakinan pengguna AS (Selasa)

CB consumer confidence adalah indeks keyakinan pengguna yang dikeluarkan oleh Conference Board. Keyakinan pengguna naik kepada 130.8 berbanding jangkaan 126.2 dan dan lebih tinggi daripada bacaan yang dicatat pada Januari 124.3.

  • Data keyakinan perniagaan New Zealand (Rabu)

ANZ business confidence adalah data keyakinan perniagaan yang dikeluarkan oleh Bank ANZ. Data ini menjadi semakin baik dengan bacaan mencatat -19.0 berbanding bacaan sebelum ini -37.8. Data ini penting kerana tinjauan dibuat kepada 1,500 perniagaan di New Zealand.

  • Data sektor pembuatan China (Rabu)

Data sektor pembuatan China menunjukkan bacaan yang merosot kepada 50.3 berbanding jangkaan 51.2. Data ini adalah berdasarkan tinjauan kepada 3000 purchasing manager dalam industri pembuatan. Data ini biasanya memberi kesan lebih besar kerana saiz industri yang lebih besar berbanding indeks pembuatan Caixin yang mengukur industri ringan dan sederhana.

  • Data inflasi Zon-Eropah (Rabu)

Zon-Eropah hanya mencatat bacaan inflasi 1.2% pada Januari berbanding Disember 1.3%. Sasaran ECB adalah untuk mencapai inflasi 2%. Dengan bacaan inflasi yang semakin menurun ini mengurangkan tekanan kepada ECB untuk mengetatkan polisinya buat masa ini.

  • Data awal GDP AS (Rabu)

Data pertumbuhan ekonomi AS menunjukkan pertumbuhan ekonomi naik 2.5% pada suku keempat 2017 kurang daripada bacaan suku ketiga 2.6%. Ia juga dikenali sebagai bacaan kedua GDP.

  • Data pelaburan syarikat, CAPEX Australia (Khamis)

Data perbelanjaan modal syarikat swasta atau pelaburan syarikat di Australia merosot 0.2% pada suku keempat 2017 berbanding jangkaan kenaikan 1.0% dan bacaan pada suku ketiga yang meningkat 1.9%.

  • Data sektor pembuatan UK (Khamis)

Sektor pembuatan UK mencatat bacaan 55.2 tidak jauh daripada jangkaan 55.1 dan bacaan sebelum ini 55.3. Data ini penting kerana ia juga menunjukkan tahap kesihatan ekonomi UK. Namun, data sektor perkhidmatan UK adalah lebih penting kerana industri yang lebih besar berbanding sektor pembuatan.

  • Data inflasi PCE AS (Khamis)

Personal Consumption Expenditure (PCE) adalah data inflasi pilihan utama The Fed. Data ini naik 0.3% berbanding jangkaan 0.3% dan bacaan sebelum ini yang hanya meningkat 0.2%.

  • Data sektor pembuatan AS (Khamis)

Sektor pembuatan Amerika Syarikat naik lebih tinggi pada Januari kepada 60.8 berbanding jangkaan 58.7. Data sektor perkhidmatan adalah lebih penting kerana saiz industri yang lebih besar.

  • Data GDP Kanada (Jumaat)

Data pertumbuhan Kanada hanya meningkat 0.1% sejajar dengan jangkaan, namun rendah berbanding kenaikan 0.4% yang dicatat pada bulan sebelum itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat