Tinjauan Ini Dedahkan Lebih Banyak Syarikat Akan Terima Pembayaran Kripto

475

Masa depan mata wang digital yang cerah. Inilah antara sebab kebanyakan peniaga Amerika Syarikat kini berminat untuk memanfaatkan pembayaran dalam mata wang kripto, menurut tinjauan terbaharu daripada Deloitte.

Dalam laporan “Merchants Getting Ready For Crypto” yang dikeluarkan dengan kerjasama PayPal pada 8 Jun, tiga perempat daripada peruncit AS merancang untuk menerima pembayaran kripto atau stablecoin dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tambahan daripada itu, lebih separuh daripada peruncit besar dengan pendapatan melebihi $500 juta sedang membelanjakan $1 juta atau lebih untuk membina infrastruktur yang diperlukan.

Sementara syarikat kecil hingga sederhana pula mula bertindak dengan melabur antara $100,000 hingga $1 juta untuk menyokong infrastruktur yang diperlukan untuk pembangunan tersebut.

Selain itu, ia juga mendapati sebahagian besar atau 85% daripada peniaga yang ditinjau menjangkakan pembayaran kripto akan digunakan secara meluas oleh mana-mana industri dalam tempoh lima tahun.

Untuk makluman, tinjauan tersebut telah dilakukan ke atas 2,000 eksekutif kanan di organisasi peruncitan AS antara 3 Disember dan 16 Disember 2021, iaitu ketika pasaran kripto masih meningkat, tetapi keputusannya baru sahaja dikeluarkan.

Mereka terdiri daripada pelbagai sektor iaitu kosmetik, barangan digital, elektronik, fesyen, makanan dan minuman, rumah dan taman, hospitaliti, barangan peribadi dan isi rumah, perkhidmatan dan pengangkutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat