Tinjauan Mengejutkan Ini Membuktikan Rakyat Kanada Percaya Pada Kepimpinan Trump!

51

Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Angus Reid Institute pada Isnin menunjukkan bahawa rakyat Kanada menunjukkan lebih sokongan terhadap perjanjian NAFTA selepas pemiliahn Trump sebagai Perdana Menteri AS.

44 peratus dari responden yang terlibat mengatakan bahawa Kanada mendapat manfaat daripada NAFTA, meningkat sebanyak 25 peratus daripada tinjuan Jun lalu. Undian rakyat Kanada yang mahukan rundingan semula NAFTA pula menyusut kepada 24 peratus kepada 34 peratus.

Dalam masa yang sama, hanya 13 peratus daripada responden mengatakan bahawa NAFTA tidak memberi sebarang manfaat buat Kanada.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dijangka akan bertemu dengan Trump di Washington lewat hari ini bagi memupuk hubungan ekonomi di antara kedua-dua negara.

Rancangan Trump untuk membuat rundingan semula NAFTA telah menimbulkan ketidaktentuan terhadap ekonomi Kanada yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai destinasi 75 peratus produk eksportnya.

Tuduhan Peter Navarro Tidak Masuk Akal! : Menteri Kewangan Perancis

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat