Tinjauan Pergerakan Harga Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) & XRP

3,679

Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan XRP berada dalam consolidation. Pada masa yang sama, ketiga-tiga matawang kripto ini dijangka akan membuat lonjakan, sekaligus melepasi paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu.

BITCOIN

Selepas berjaya mencipta rekod ATH pada pertengahan Mac dengan nilai $62,000, pergerakan raja kripto ini dilihat tidak mengujakan.

Berdasarkan pergerakan Bitcoin ketika penulisan, harganya dijangka akan susut sebelum berlaku penembusan terbaru.

Jika harga BTC ditutup di atas $59,290, lonjakan sebanyak 14.90% dijangka akan berlaku menuju tahap retracement Fibonacci 141.1% atau 161.8%.

  • Paras sokongan: $54,570 dan $52,960
  • Paras rintangan: $67,450 dan $70,330

ETHEREUM

Pada 31 Mac, matawang kripto ini mencatat rekod ATH terbaharu pada nilai $2,160, melonjak hampir 16%.

Berdasarkan analisis, ETH berpotensi untuk melonjak lagi 18% daripada ketinggian terbaru menuju tahap retracement 141.1% atau 161.8%.

Jika Ethereum mampu melepasi rintangan $2,050, pergerakan matawang ini mampu mencecah target bullish pada $2,480 dan $2,720. Namun jika gagal berlaku demikian, ETH akan terus susut ke paras $1,860.

XRP

XRP mengejutkan industri kripto apabila berjaya tembus paras $1. Bagaimanapun, selepas lonjakan terbaru, XRP berada dalam consolidation.

Hasil analisis menunjukkan XRP perlu berada di atas tahap retracement 61.8% Fibonacci pada $0.80, menjadikan paras rintangan sekitar $1.36 dan $1.50.

Jika XRP gagal berbuat demikian, paras sokongan berada di $0.73 dan $0.66.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat