Tinjaun Dari Elon Musk Buatkan Pemegang Kripto DOGE Tidak Senang Duduk? Ini Yang Berlaku Pada DOGE!

170

Jutawan Elon Musk pada hari ini sekali lagi melakukan tabiat yang dilihat sebagai cara untuk memanulipasi pasaran dengan meminta pengguna Twitter untuk mengundi adakah beliau harus undur diri ebagai ketua pegawai eksekutif platform media sosial Twitter atau tidak. Selepas kira-kira 12 jam, didapati bahawa terdapat lebih daripada 17 juta undian, di mana 57.6% orang bersetuju bahawa Elon Musk harus meletak jawatan.

Undian itu dibuat kurang daripada dua bulan selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tesla membeli Twitter dengan harga $44 bilion pada akhir Oktober, memberikannya kawalan tunggal ke atas firma media sosial itu. Pengambilalihan itu telah terbukti kontroversi, dengan pemecatan besar-besaran dan rombakan eksekutif.

Musk menulis dalam catatan awalnya, “Saya akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat ini,”. Tinjauan tersebut telah ditutup sekitar jam 6 petang tadi.

Adakah Elon Musk akan benar-benar berundur? Setakat ini tiada apa keputusan yang rasmi. Sebahagian pemain pasaran menganggap ini hanyalah tindakan beliau untuk memanipulasi pasaran saham. Sejak beliau mula-mula melancarkan tinjauan tersebut, Musk sangat samar dalam tweetnya. Satu jam selepas ‘poll’ tersebut disiarkan secara langsung, beliau menambah, “Bak kata pepatah, berhati-hatilah dengan apa yang anda mahu, kerana anda mungkin mendapatkannya,”

Tindakan ini telah menggusarkan para pengikut dan pelabur kripto Doge. Ada dalam kalangan mereka ini adalah indikasi bahawa Elon Musk tidak berhasrat untuk menjadi CEO dalam jangka masa panjang.

Pada bulan November, Elon Musk menyatakan bahawa beliau merancang untuk mencari eksekutif baharu bagi menerajui laman media sosial itu. Tess Renearson, yang bertanggungjawab ke atas kripto di Twitter, meninggalkan syarikat itu pada bulan November juga.

Kini, dengan ketidakpastian yang semakin meningkat, harga mata wang kripto kegemaran Elon Musk, Dogecoin telah jatuh 1.27% kepada $0.07746.

Dogecoin sebelum ini telah mendapat dorongna yang mendadak dengan didorong oleh Tweet daripada Elon Musk yang mencerminkan kesukaannya terhadap projek itu. Waima begitu, pasaran dilihat perkara yang dilakukan Elon Musk pada hari ini tidak akan beri kesan yang ketara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat