Tinjauan – Rakyat Amerika Syarikat Sokong Trump Dipecat?

1,051

Baru-baru ini beberapa laporan terkenal seperti Politico dan Morning Consult telah menjalankan undian umum dalam kalangan masyarakat awam mengenai pemecatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Hasil tinjaun mendapati majoriti rakyat Amerika berpendapat bahawa Presiden Donald Trump harus disingkirkan daripada jabatan beliau.

Tinjaun ini dijalankan sebelum undian pemecatan oleh the House terhadap Donald Trump pada hari Rabu, dimana ahli parlimen Amerika Syarikat mengundi untuk pemecatan Presiden AS Donald Trump yang kini berhadapan dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi dan politiknya.

Ini adalah susulan transkrip panggilan yang dibuat oleh Trump kepada Presiden Ukraine pada 25 Julai yang menunjukkan beliau menggesa Zelensky untuk menyiasat tuduhan rasuah ke atas pesaing politiknya Joe Biden.

Semasa perbicaraan secara terbuka diadakan pada November lalu, keterangan oleh dua bekas saksi kerajaan telah memberikan bukti ketara yang menunjukkan Trump menuntut satu pertimbangan quid pro quo untuk urusan rasmi, yang bermaksud balasan terhadap sesuatu yang diberikan.

Hasil tinjauan menunjukkan 52% responden meluluskan pengundian agar Trump dipecat daripada jabatannya. Bacaan tinjauan ini naik sedikit daripada bacaan tinjauan sebelumnya.

Dalam undian yang dilakukan tempoh hari, 85% daripada kalangan Demokrat dan 17% dalam kalangan parti Republik bersetuju dengan keputusan Dewan parlimen untuk memecat Trump.

Trump merupakan presiden Amerika Syarikat yang ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat yang akan digugat. Kini kes beliau sedang masih dalam pembicaraan, walaubagaimapun kebanyakkan menjangkakan beliau akan dibebaskan daripada tuduhan dan mengekalkan jawatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat