Tips Menjadikan Kerja Dari Rumah Lebih Efektif Pada Musim Kawalan Pergerakan

749

Wabak COVID-19 semakin mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Terbaru, Malaysia telah pun mencatatkan 2 angka kematian dengan jumlah kes yang semakin meningkat dari semasa ke semasa akibat virus merbahaya itu.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan yang bermula dari 18 hingga 31 Mac. Berikutan dengan perintah berkenaan, kebanyakan premis perniagaan terpaksa ditutup dan hanya bekerja dari rumah. Pasti suasana bekerja dari rumah sangat berbeza berbanding di pejabat. Oleh itu, anda perlu tahu 5 tips untuk menjadikan kerja dari rumah lebih efektif pada saat genting begini!

1. Kekalkan budaya di pejabat

Bangun awal seperti biasa. Sehubungan dengan itu, anda dapat memulakan kerja dengan minda yang cerdas dan segar. Meskipun anda bekerja dari rumah, tetapi anda perlu mengekalkan disiplin anda sama seperti bekerja di pejabat.  Sebelum mula bekerja, pastikan anda berada dalam keadaan yang selesa. Sediakan sarapan,  bersihkan diri dan pakai pakaian yang sesuai. Oleh yang demikian, anda dapat mencipta suasana kerja yang produktif dan dapat menjamin hasil kerja yang terbaik sama seperti di pejabat.

2. Cipta suasana pejabat di rumah

Sediakan sebuah ruang khas dengan pencahayaan yang baik sebagai tempat anda bekerja. Pastikan anda selesa dan dapat bekerja dengan tenang.  Cari kerusi dan meja yang bersesuaian.  Walaupun bekeja dari rumah, anda perlu kerap berkomunikasi dengan rakan sekerja bagi mengelakkan rasa bosan atau mengantuk. Segalanya berada di hujung jari. Anda boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dengan rakan sekerja secara atas talian sahaja.

3. Jangan kerja lebih masa

Elakkan bekerja lebih masa. Hal ini demikian kerana ianya akan menjejaskan kehidupan anda di rumah, fizikal serta mental anda. Dapatkan rehat yang secukupnya.  Jangan terlalu leka dengan pekerjaan anda sehingga anda mengabaikan masa makan, bersama keluarga serta rehat anda.

4. Kawal anak-anak anda

Seperti yang diketahui, semua sekolah telah pun ditutup akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan.  Jadi, mereka semua perlu berada di rumah bersama anda.  Dilema atau cabaran terbesar bagi ibu bapa yang bekerja di rumah ialah mendapat gangguan daripada anak-anak. Oleh itu, anda perlu menyediakan medium terbaik bagi anak-anak anda tidak cepat bosan. Contohnya, sediakan permainan yang menarik, bahan bacaan yang menyeronokkan atau sebagainya. Jadi, mereka tidak akan mengganggu masa bekerja anda.

5. Jaga kesihatan diri

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, anda perlu sentiasa peka terhadap kesihatan diri dan keluarga anda. Walaupun sibuk bekerja, anda juga memerlukan rehat yang cukup. Jangan tergesa-gesa mahu menyiapkan kerja hingga sanggup mengorbankan kesihatan anda. Di samping itu, anda mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman ringan. Akhir sekali, elakkan stress dan tekanan akibat bekerja. Lakukan aktiviti berfaedah yang anda minati ketika masa lapang.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat