Tips Untuk Trade Forex Santai-Santai dengan Hati Yang Tenang

6,703

Impian adalah satu sebab yang kuat membuatkan kita mahu menjadi seorang trader dan salah satunya adalah untuk mendapatkan kebebasan masa kerana bosan dengan makan gaji. Ini adalah satu mind-set yang salah!

Walaupun tujuan asal sebenarnya adalah mahu kebebasan masa, kebanyakan trader menghadap skrin berjam-jam setiap hari tanpa ada matlamat yang jelas dan tidak mempunyai perancangan yang spesifik setiap hari sehingga ada yang bangun dari tidur, terus menghadap chart forex untuk mencari peluang-peluang untuk trading.

Ada yang bertanya, “Macam mana kita nak trade santai tanpa selalu melihat chart?”

Sebelum soalan ini dijawab, cuba tanya diri sendiri kenapa aku selalu tengok chart walaupun dah entry position?

Ada dua sebab kenapa trader selalu melihat chart forex antaranya:

  1. Mencari peluang entry yang lain
  2. Melihat price bergerak-gerak ke TP atau SL

Dalam situasi satu, anda sudah mempunyai entry tetapi masih mencari peluang yang lain, boleh jadi baik bagi anda untuk mempelbagaikan position trading. Tetapi adakah kesemua position ini akan memberikan keuntungan kepada anda. Lebih teruk lagi kesemua position trade mengalami kerugian.

Hal ini tak lain tak bukan adalah disebabkan kurangnya perancangan dan persediaan sehingga kita membuka banyak position dalam pair yang berlainan. Cuba kuasai teknik anda sendiri dan tentukan satu setup yang ada kebarangkalian tinggi untuk profit dan trade setup tersebut sahaja sehingga mahir.

Pernah dengar tak pepatah Bruce Lee, “Aku tidak takut dengan orang yang berlatih 10000 jenis tendangan. Yang aku takutkan adalah orang yang berlatih satu tendangan sebanyak 10000 kali.”

Dalam situasi dua, trader jenis ini sudah entry position dan akan melihat price bergerak-gerak setiap seminit. Trader jenis ini sebenarnya mahu melihat adakah price dah hit TP atau belum yang disebabkan emosi terganggu kerana takut mengalami kerugian.

Emosi terganggu ini adalah disebabkan tidak menggunakan risiko yang sepatutnya. Contohnya dengan modal $100 anda meletakkan position 1$ atau lebih teruk lagi menggunakan leverage 1:1000 dan meletakkan position $3. Sudah tentu emosi akan terganggu dalam hal ini, lebih-lebih lagi anda sedang terdesak untuk mendapatkan wang.

Cara penyelesaian bagi situasi dua ini adalah dengan menyedari forex bukanlah tempat untuk anda menjana profit dengan cepat. Jangan sesekali merisikokan wang keperluan anda dalam trading kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Gunakanlah risk management yang baik agar anda lebih tenang dari segi kawalan emosi. Ramai trader walaupun telah berpengalaman, tetapi masih kecundang dengan faktor emosi, apatah lagi newbie.

Oh lupa, macam mana nak trade santai dengan hati yang tenang.

Jawapannya, gunakan pengurusan risiko yang baik iaitu dengan merisikokan hanya 3-5% kerugian dari jumlah modal anda di dalam setiap trade dan bukannya setiap position.

Contohnya, jika anda mempunyai modal $1000, maknanya dalam setiap trade anda hanya merisikokan kerugian sebanyak 3% iaitu $30 dan paling penting modal $1000 ini adalah modal yang anda sanggup rugi mengikut kemampuan anda!

Logiknya mudah, jika anda mengalami kerugian selama 10 kali berturut-turut anda hanya rugi $300 dan masih ada lagi $700 dalam akaun trading anda. Tak kan lah anda trade rugi 10 kali berturut-turut kan? Itulah point yang ingin saya sampaikan.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. Sila klik SHARE dan LIKE jika anda sukakan perkongsian dari saya ini. Nanti saya akan coretkan lagi.

Buka akaun di sini dan dapatkan FREE Modal USD5 sekarang! – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat