Tipu Rekod Kewangan, Trump Mungkin Disiasat

607

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan perniagaannya mungkin bakal berdepan dengan siasatan berhubung penipuan cukai dan penipuan insurans, kata pendakwa raya pada hari Isnin.

Pengajuan itu dibuat pendakwa dari pejabat Peguam Daerah Manhattan, Cyrus Vance Jr. ketika beliau berusaha meyakinkan mahkamah rayuan persekutuan untuk membenarkannya menguatkuasakan subpoena berhubung pulangan cukai dan rekod kewangan Trump.

Dokumen yang diajukan kepada mahkamah rayuan memperlihatkan terdapat lebih banyak laporan awam dan tuduhan ke atas kesalahan dilakukan oleh syarikat Trump yang membolehkannya disiasat atas siasatan jenayah.

Vance berhujah bahawa tuduhan terhadap presiden itu, yang turut merangkumi salah nyata harta perniagaan kepada syarikat insurans, pemberi pinjaman dan kerajaan dapat dibuktikan sebagai jenayah atas kesalahan penipuan cukai dan insuran serta pemalsuan rekod perniagaan.

Antara kesalahan yang direkodkan dalam laporan oleh pejabat Vance adalah Trump secara berkala menghantar penyata kewangan pemberi pinjaman yang meningkatkan asetnya dan menghilangkan harta yang dipenuhi hutang, serta pembayaran sehingga $400 juta secara tunai untuk lima buah rumah, lapan padang golf dan kilang wain, walaupun menanggung hutang berbilion dolar.

Pada tahun lalu, Pejabat Peguam Daerah Manhattan telah mengeluarkan surat panggilan pengadilan kepada firma perakaunan Trump, Mazars USA. Trump pada mulanya mencabar subpoena dan mengemukakan tuntutan dengan berpendapat bahawa presiden mempunyai kekebalan dari apa-apa siasatan jenayah, namun ditolak oleh Mahkamah Agung pada Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat