Tirai Oktober Sudah Dibuka, Ini Perkara Pelabur Perlu Ambil Tahu!

219

Pembukaan tirai Oktober melihatkan US dolar didagangkan susut setelah melalui dagangan yang menyuramkan pada minggu lalu.

Walaupun berjaya mencapai rekod baharu di paras tertinggi 20 tahun, dolar greenback kembali menyusut ketara menyebabkannya sebahagian keuntungan yang dicatatkan pada bulan lalu terhapus.

Ini sekali gus membuka peluang buat kebanyakan mata wang utama untuk meraih pemulihan daripada paras terendah.

Sebelum penutup dagangan minggu lalu, pelabur telah menyaksikan data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) meningkat kepada 6.2% tahun ke tahun pada bulan Ogos.

Angka ini secara tidak langsung menguatkan lagi alasan buat Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatannya dengan kenaikan kadar faedah.

Pemain pasaran kini mengalihkan tumpuan kepada beberapa penerbitan data yang akan menghiasi dagangan minggu ini, di mana laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat menjadi fokus utama pelabur.

Selain itu, mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) dan New Zealand (RBNZ) turut mendapat perhatian pelabur untuk melihat sama ada kedua-dua bank pusat itu masih di landasan untuk pengetatan.

Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan arah pergerakan pasaran yang mungkin akan bergerak lebih agresif pada sesi akan datang.

Secara keseluruhannya sentimen pasaran masih lagi dibelenggu dengan kebimbangan langkah pengetatan agresif oleh Fed, krisis tenaga yang semakin buruk di Eropah dan kekacauan dalam pasaran UK.

Setakat ini, mata wang pound kekal didagangkan stabil susulan campur tangan Bank of England (BOE) minggu lalu untuk meredakan impak belanjawan mini yang dilancarkan kerajaan UK.

Euro juga didagangkan lebih tinggi selepas Jerman melancarkan rangsangan untuk harga tenaga pada minggu lalu apabila ancaman Rusia terhadap bekalan gas semakin menguat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat