Token Ini Rampas Takhta Shiba Inu (SHIB) Sekelip Mata!

234

“Baru la best ada persaingan, tak ada la asyik duduk zon selesa je.”

Memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) yang berjaya lancarkan Shibarium Layer-2 akhirnya ditewaskan oleh mata wang kripto DAO Curve (CRV) dalam menjadi aset digital paling banyak didagangkan oleh top 500 whales Ethereum (ETH).

Bukan itu sahaja,CRV turut mencapai kedudukan top 10 token yang dibeli dalam kalangan 100 whales terbesar ETH dalam tempoh 24 jam lalu dan mendapat perhatian daripada top 2000 whales ETH.

Walaupun harga CRV mendaki sebanyak 70% melepasi paras $0.9119, modal pasarannya masih tidak dapat mengalahkan SHIB yang mempunyai $5 bilion manakala pengedaran token dalam pasaran pula adalah hampir 549 trilion.

SHIB mengejutkan pasaran hari ini dengan lonjakan melepasi $0.00001200 meneruskan momentum positif berbanding tahun lepas harganya secara berterusan menyusut berikutan whales bertindak menjual sejumlah pegangan memecoin itu.

Sementara pergerakan harga CRV pula sentiasa mendaki sejak awal tahun lagi apabila maju 6% dalam tempoh 24 jam terakhir dan nilai pasarannya pada $1 bilion.

Pada sisi berbeza, SHIB dan BONE yang melonjak dalam beberapa minggu lepas telah menjadi punca komunitinya semakin teruja terhadap pelancaran Shibarium Beta.

Dan perlu diingatkan kebanyakan whales tetap berminat untuk melabur dalam SHIB sungguhpun kehilangan kedudukan sebagai token paling banyak didagangkan susulan memecoin itu masih menjadi top 10 token dibeli 100 whales terbesar ETH.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat