Token Standard NFT TRC-721 Bakal Cetus Persaingan Sengit!

663

Rincian standard non-fungible token (NFT) pertama TRON telah dikongsi secara meluas oleh pengasas platform itu, Justin Sun menerusi tweet pada malam tadi.

Dalam dokumen yang dikongsi, token yang dikenali sebagai TRC-721 akan digunakan sebagai interface standard untuk menghasilkan NFT di rangkaian TRON.

Pada masa yang sama, TRC-721 juga sepadan dengan ERC-721, token standard yang digunakan untuk menghasilkan NFT di blockchain Ethereum.

Seperti yang dinyatakan, NFT juga kini boleh dihasilkan di blockchain TRON dengan bantuan sambungan TronLink untuk Chrome, dan pengguna memerlukan baki minimum berjumlah 350 TRX ($17.5 berdasarkan nilai ketika penulisan) di dalam akaun sebelum berbuat demikian.

Pengguna juga boleh customize nama dan simbol token, mengikut kehendak mereka sepanjang pemprosesannya.

TRON pertama kali memperkenalkan TRC-721 pada awal Januari lalu. Untuk jangka masa yang panjang, langkah yang diambil TRON berpotensi untuk bersaing dengan Ethereum dan platform NFT, Flow.

Walaupun Ethereum masih mendominasi pasaran NFT, kos transaksi yang meningkat di platform itu sejajar dengan peningkatan populariti NFT menyebabkan banyak projek beralih ke platform lain.

TRON, mengambil peluang itu dengan memperkenalkan transaksi pada harga yang rendah. Malah hampir tiga tahun beroperasi, tiada sebarang insiden yang mengeruhkan potensi rangkaian itu, walaupun pernah menjadi sasaran godam pada November 2020 menyebabkan penangguhan sementara penghasilan blok baru.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat