Tolonglah OPEC! Jangan Kecewakan Komoditi Ini

367

Harga minyak terus didagangkan menguat pada hari Khamis, berikutan harapan yang meningkat bahawa OPEC akan menangguhkan rancangan untuk melonggarkan pengurangan pengeluaran disebabkan peningkatan kes Covid-19 membantutkan permintaan bahan bakar.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $43.88 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula positif pada $41.55 setong.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah telah mencatatkan peningkatan lebih 12% pada minggu ini diangkat oleh harapan oleh laporan vaksin yang dikembangkan oleh Pfizer menyatakan keberkesanan untuk mencegah coronavirus.

Menteri Tenaga Algeria, memberitahu bahawa OPEC dan sekutunya yang juga dikenali sebagai OPEC+ mungkin akan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran sebanyak 7.7 juta tong sehati sehingga tahun 2021, atau menambahkan lagi pengurangan jika diperlukan.

Selain itu, pengurangan ketara bekalan minyak mentah Amerika Syarikat turut mendorong kenaikan harga komoditi itu lebih tinggi. Pasaran kini menantikan laporan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai inventori minyak mentah.

Walau bagaimanapun, peningkatan berterusan kes Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat masih memberi tekanan kepada harga minyak berikutan kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar mungkin terjejas susulan sekatan baru yang dilaksanakan untuk membendung penularan virus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat