Tolonglah Putin! Sri Lanka Minta Bantuan Rusia Untuk Beli Minyak

895

Krisis kewangan yang semakin menghimpit di Sri Lanka telah mendorong Presiden Gotabaya Rajapaksa meminta pertolongan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin.

Pada hari Rabu, pemimpin negara kepulauan itu memberitahu bahawa beliau telah bercakap dengan Putin untuk mendapatkan bantuan kredit bagi mengimport bahan api.

Dalam satu tweet di akaun Twitternya, Gotabaya Rajaksa berkata bahawa kedua-dua pemimpin itu telah mempunyai komunikasi yang sangat produktif.

Sambil berterima kasih kepada Putin atas sokongan yang diberikan sebelum ini, beliau telah meminta tawaran sokongan kredit untuk mengimport bahan api dalam menghadpai cabaran ekonomi semasa.

Umum mengetahui bahawa banyak negara Barat telah menyekat import tenaga Rusia sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Ukraine.

Malah, Perdana Menteri Seri Lanka, Ranil Wickremesinghe sebelum ini juga menyatakan negara itu akan mengikuti langkah tersebut dan mencari sumber lain terlebih dahulu, tetapi tidak berjaya.

Sri Lanka telah membeli minyak dari Rusia dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk membantu meningkatkan bekalan bahan api semasa krisis dan kerajaan telah memberi isyarat untuk mengimport lebih banyak daripada negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat