Tony Fernandes Lepaskan Semua Jawatan Kecuali AirAsia dan AirAsia X!

0 908

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group telah mengumumkan melalui laman twitternya akan melepaskan semua jawatan yang dipegang oleh beliau sebagai Lembaga Pengarah kecuali di AirAsia Group dan AirAsia X.

Bagaimanapun, beliau tidak mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai bila perletakkan jawatan tersebut akan dilakukan secara rasmi.

Keputusan yang diambil oleh beliau dikatakan adalah sebagai langkah pertama untuk beliau memfokuskan diri dalam menggerakkan generasi pemimpin AirAsia yang seterusnya ke barisan hadapan.

Antara syarikat yang melantik beliau sebagai lembaga pengarah adalah Crescent Point Group, Caterham Cars Ltd, Caterham Tech (M) Sdn Bhd, Caterham Composites Ltd, Tune Air Sdn Bhd, Tune Group, Tune Hotels Sdn Bhd, Tune Insurance Labuan Ltd, Tune Money Sdn Bhd, Loftus Road PLC, Capital OCA Bhd, Dinato Racing Ltd dan Epsom College Malaysia.

Selain itu, beliau turut menjadi ahli lembaga pengarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan juga dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Terdahulu, AirAsia mengumumkan penyusunan semula kepimpinan yang menyokong langkah transformasinya sebagai syarikat platform pengembaraan dan kewangan di samping membangunkan airasia.com menjadi jenama gaya hidup.

Menerusi penyusunan semula tersebut, Tony akan berkhidmat sebagai CEO airasia.com dengan matlamat untuk melantik CEO baru yang akan melaporkan perkembangan secara terus kepadanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.