Tony Fernandes Sasarkan Penyenaraian AirAsia Di New York

257

‘Besar impian tu, harapnya boleh terlaksana dengan perancangan yang baik.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A menyasarkan penyenaraian bagi anak syarikatnya, AirAsia dan Super App di bursa New York.

Ketika ditemubual, Fernandes menyatakan rancangan penyenaraian syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menjelang tahun depan serta satu lagi penyenaraian berbeza bagi aplikasi penghantaran makanannya, Super App.

Ulas Fernandes lagi bahawa sudah tiba masanya anak syarikat Capital A menembusi penyenaraian di Amerika Syarikat (AS) dalam menjulang nama baik produk tempatan.

Umum mengetahui bahawa pandemik Covid-19 yang melanda dunia sebelum ini telah memberi tamparan besar kepada perniagaan utama Capital A.

Antara solusi dalam meneruskan kelangsungan perniagaan syarikat adalah dengan menceburi bidang baru, perniagaan e-dagang dan digital, yang membawa kepada penubuhan Super App, perniagaan fintech iaitu BigPay dan firma logistik Telport.

Sungguhpun saham Capital A masih dibawah status Practice Note 17 (PN17), ia menurut Fernandes ‘tidak menggambarkan asas syarikat‘ secara menyeluruh dan isu tersebut boleh diselesaikan.

Sebagai nota kaki, status PN17 menandakan sebuah syarikat menghadapi masalah kewangan serius.

Dalam pada itu, Fernandes juga menzahirkan rasa optimis syarikat boleh mengembalikan aliran tunainya dengan perkhidmatan utama sudah kembali beroperasi pada kapasiti penuh.

Perinci beliau bahawa 85 daripada 212 pesawat AirAsia sudah kembali beroperasi dan menawarkan faktor muatan 80% ke 90% dan sejumlah 176 pesawat lagi dijangka kembali beroperasi sepenuhnya menjelang Disember.

Selain itu, melihat ke hadapan, Capital A juga sedang mengusahakan perkhidmatan teksi udara yang dijangka akan terlaksana menjelang 2025 kelak.

Setakat artikel ini ditulis, saham Capital A susut 40 sen atau 6.20% pada 60 sen dengan nilai permodalan adalah sebanyak RM2.52 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat