Top 10 Bilionaire Kripto Selepas ‘Crypto Crash’

1,852

Pasaran mata wang kripto merupakan pasaran Trilion dolar yang mewujudkan billionaire setelah membuat sejumlah pelaburan dalam aset digital tersebut.

Oleh demikian, senarai ini bakal menyenaraikan top 10 kripto bilionaire di dunia dengan nilai bersih semasanya dan sumber pendapatan mereka walaupun selepas berlakunya kejatuhan pasaran kripto.

Changpeng Zhao (CZ)

Kekayaan bersih: $29.7 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: Binance

  • Personaliti paling berpengaruh dalam ekosistem mata wang kripto dan merupakan jutawan kripto terkaya.

  • Pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) exchanger kripto Binance yang terbesar di dunia.

  • Binance terus berkembang pesat ke luar negara dengan CZ memegang BTC dan Binance Coin, yang turut menjana keuntungannya melalui saham Binance.

Sam Bankman-Fried

Kekayaan bersih: $15.34 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: FTX

  • Pengasas dan CEO FTX berada di tempat ke-2 susulan merupakan seorang jutawan kripto berpengaruh dan memberi pelbagai pendapat berkaitan kripto.

  • Beliau turut mengetuai Alameda Research, sebuah firma perdagangan kripto.

  • Beliau mengalami kerugian semasa kejatuhan kripto dengan kekayaan bersihnya setakat 29 Mac 2022 adalah berjumlah 29.5 bilion.

Gary Wang

Kekayaan bersih: $4.6 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: FTX

  • Di tempat ke-3, Wang merupakan co-founder FTX dan seorang alumni MIT serta bekas Googler.

  • Beliau juga adalah co-founder dan ketua pegawai teknikal exchanger kripto FTX yang kini memegang saham syarikat tersebut sebanyak 16%.

Song Chi-Hyung

Kekayaan bersih: $3.1 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: Upbit

  • Co-founder UpBit, iaitu bursa kripto terbesar di Korea Selatan berada di tempat ke-4.

  • Beliau mempunyai 25% saham Dunamu, syarikat induk UpBit.

Chris Larsen

Kekayaan bersih: $3.1 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: Ripple

  • Larsen berkhidmat sebagai CEO Ripple sehingga 2016 sebelum meneruskan jawatan pengerusi eksekutif.

  • Beliau turut mencipta sistem pinjaman terdesentralisasi, Prosper pada tahun 2005.

Brian Armstrong

Kekayaan bersih: $2.8 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: Coinbase

  • Presiden dan CEO Coinbase, exchanger kripto terbesar di AS yang memegang 20% saham Coinbase.

Jed McCaleb

Kekayaan bersih: $2.5 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: Ripple, Stellar

  • Co-founder Ripple dan token XRP, tetapi beliau meninggalkan syarikat tersebut dan memulakan mata wang kripto baharu, Stellar.

  • Beliau turut menubuhkan exchanger kripto Mt Gox iaitu exchanger BTC pertama.

Cameron & Tyler Winklevoss

Kekayaan bersih: Cameron $2.2 bilion / Tyler $2 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: Bitcoin

  • Di tempat ke-8 dan ke-9, Cameron dan Tyler Winklevoss terkenal ekoran peranannya dalam filem popular Social Network.

  • Mereka juga adalah co-founder exchanger kripto Gemini dan platform NFT Nifty Gateway.

Nikil Viswanath & Joe Lau

Kekayaan bersih: $2.1 bilion

Sumber kekayaan pendapatan: Alchemy

  • Mereka merupakan co-founder Alchemy, platform Web 3 untuk membina dan menskalakan aplikasi terdesentralisasi pada blockchain.

  • Mereka turut memegang 26% saham Alchemy.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat