Top Glove Diramal Terus Cetus ‘Taufan’

919

Firma penyelidikan kekal yakin dengan prospek Top Glove Corporation Bhd berikutan harga jualan purata (ASP) yang tinggi, pemulihan dalam kapasiti pengeluaran dan campuran jualan untuk memacu pertumbuhan.

Bernama melaporkan, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) telah mengekalkan anggaran pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2021 (FY21) bagi syarikat dan menaikkan anggaran EPS untuk tahun kewangan 2022 dan 2023 (FY22-23E), masing-masing 50% dan 73%, sebahagiannya berdasarkan kepada andaian ASP yang lebih tinggi.

“Kami kini mengunjurkan ASP itu melonjak 3.1 kali pada FY21E dan menyusut 32% dan 27% pada FY22-23E kerana penawaran baharu mampu memenuhi permintaan.

“Sebaliknya, peserta sarung tangan seperti Top Glove mengunjurkan permintaan akan mengatasi penawaran untuk tempoh tiga tahun ini,” kata firma itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Maybank IB telah mengekalkan saranan ’beli’ terhadap Top Glove, dengan harga sasaran baharu (TP) RM8.65.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd berkata selepas berakhirnya Covid-19, kitaran inventori penyediaan semula dijangka merancakkan permintaan untuk sarung tangan getah, diikuti dengan peningkatan penggunaan dalam kalangan pengguna baharu dan meningkatnya kesedaran terhadap kebersihan.

Memasuki suku kedua tahun kewangan 2021 (Q2FY21), ia menjangkakan ASP Top Glove akan melonjak sebanyak 30% suku ke suku, dengan meningkatnya jumlah dan campuran produk, sekali gus menjurus kepada margin sarung tangan nitril yang lebih tinggi.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) mengunjurkan ASP Top Glove akan meningkat 30% suku ke suku pada Q2FY21.

Firma itu berkata pengeluaran oleh 28 kilang pembuat sarung tangan getah yang ditutup bulan lepas berikutan jumlah besar jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja dijangka menyambung operasi dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat