Trader GBP Sila ‘Get Ready’!

842

Memasuki sesi pasaran Eropah, dagangan pound sterling kembali bergelut untuk mempertahankan kedudukannya di atas paras harga 1.3000 berbanding US dolar di tengah-tengah ketidakpastian mengenai Brexit yang terus memberi tekanan kepada matawang itu.

Matawang pound telah meraih pengukuhan dalam sesi sebelum ini setelah disokong oleh  laporan yang mengatakan UK akan melanjutkan tempoh rundingan selepas tarikh akhir yang ditetapkan pada hari ini, 15 Oktober.

Hal ini telah mendorong keyakinan bahawa UK dan Kesatuan Eropah (EU) akan mencapai perjanjian perdagangan sebelum tarikh akhir.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri UK Boris Johnson tetap menyatakan kekecewaannya kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen kerana masih tidak ada kemajuan dalam rundingan tersebut.

Sementara itu, dalam laporan terbaru oleh The Times, Ketua Perunding Brexit UK, David Frost dikatakan telah menasihati PM Johnson supaya tidak menjauhkan diri daripada rundingan ini kerana perjanjian mungkin akan dilakukan dalam dua minggu akan datang.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat Majlis Eropah, yang bakal menyaksikan pertemuan para pemimpin EU di Brussels pada hari ini dan esok, di mana mereka akan memutuskan untuk kekal dalam rundingan itu atau tidak.

Sebarang perkembangan mengenai isu Brexit akan terus menyebabkan turun naik dalam pergerakan harga pound sterling.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat