Trader Masih Yakin Momentum ‘Bullish’ GBP/USD?

670

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan kenaikan semula sehingga penghujung sesi New York semalam selepas penurunan harga dipamerkan sebelumnya.

Dagangan Pound masih lagi disokong oleh harapan terhadap perkembangan baik bagi rundingan Brexit walaupun masih tiada laporan terbaru untuk memberi isyarat kepada para pelabur.

Pergerakan harga dilihat lebih dipacu oleh dagangan US dolar yang kembali menyusut berikutan keyakinan pelabur terhadap sentimen politik di Amerika Syarikat yang semakin pulih sementara menantikan perkembangan vaksin selanjutnya.

Corak pergerakan hampir sama pada awal minggu, harga pada dagangan Selasa semalam dilihat turut membuat penurunan semula mencecah paras support 1.33000 selepas harga di paras ketinggian 1.33800.

Menguji zon RBS (resistance become support) 1.33000, harga kembali membuat kenaikan semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga kembali memberi isyarat trend bullish.

Menutup dagangan sesi New York sekitar paras 1.33600, harga bergerak perlahan di sekitar paras tersebut pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini.

Kenaikan harga dijangkakan semula ke zon resistance 1.34000 untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru 12 minggu.

Momentum kenaikan harga yang berjaya dikekalkan seterusnya bakal mendorong harga menuju ke paras ketinggian 1.35000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.33000 di zon RBS akan menjadi sokongan harga dan pelabur akan menilai reaksi harga sama ada mampu tembusi atau sebaliknya.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju semula ke paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.32000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat