Trader Perlu Ambil Tahu Jika Mahu Trade Masa Penerbitan NFP

731

Buat pertama kali dalam tempoh tujuh bulan, ekonomi Amerika Syarikat dijangka menambah kurang daripada 100,000 pekerjaan pada Disember sebagai kesan kepada peningkatan berterusan kes coronavirus yang dicatatkan di negara itu.

Ini bukanlah sesuatu mengejutkan jika ia berlaku sekali lagi memandangkan banyak negeri seperti California kembali melaksanakan sekatan bagi membendung penularan coronavirus.

Malah, sebelum ini juga para pelabur telah diperlihatkan dengan laporan pekerjaan dalam sektor swasta oleh ADP yang menunjukkan pengurangan sebanyak 123,000 pekerjaan pada bulan lalu.

Bacaan ini nyata jauh tersasar daripada ramalan pasaran yang mengunjurkan pekerjaan swasta akan meningkat sebanyak 88,000 pada Disember.

Selain ADP, komponen pekerjaan dalam sektor pembuatan hasi tinjauan ISM juga susut di bawah angka 50, satu tanda bahawa lebih banyak syarikat mengurangkan pengambilan pekerja. Sementara itu, data tuntutan pengangguran yang diterbitkan pada hari Khamis pula memaparkan peningkatan sebanyak 833,000 secara purata pada Disember.

Persoalannya sekarang, adakah pasaran akan mengabaikan laporan NFP sekiranya angka yang diterbitkan lemah?

Pada bulan Disember, NFP diunjur akan mencatatkan penambahan pekerjaan kira-kira 71,000, sementara kadar pengangguran pula mungkin meningkat sedikit pada 6.8%.

Walaupun terdapat jangkaan lemah dalam laporan NFP, ekonomi dilihat tidak lagi diancam kemelesetan memandangkan rangsangan pandemik tambahan telah diluluskan pada akhir Disember dan lebih banyak lagi bantuan fiskal dijangka dengan kemenangan Presiden Joe Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat