Trader Perlu Tahu Perkembangan Ini Sebelum Mula Trade Sesi NY

598

Matawang gergasi US dolar terus mencatatkan pengukuhan pada sesi Eropah, ketika pasaran menantikan penerbitan data jualan runcit AS pada malam ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan matawang utama pada 92.70.

Pelabur mula mengabaikan kenyataan dovish pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang cuba meredakan jangkaan terhadap pengetatan lebih cepat, dengan memberi alasan kenaikan inflasi adalah sementara.

Perhatian pasaran kini ditumpukan kepada pengeluaran data penjualan runcit AS yang diramalkan turun 0.4% pada bulan Jun, tetapi meningkat daripada bacaan pada bulan sebelumnya.

Dolar kiwi mendapat keuntungan daripada lonjakan inflasi pada suku kedua, yang menguatkan lagi jangkaan pasaran untuk Bank Pusat New Zealand (RBNZ) menaikkan kadar faedah selepas mengumumkan berakhirnya skim pembelian bonnya pada mesyuarat polisi Rabu lalu.

Dolar Aussie terus terperangkap di sekitar paras terendah, ditekan oleh prospek ekonomi yang menyuramkan ketika kebangkitan Covid-19 di Australia menyebabkan langkah sekatan dilanjutkan.

Sementara itu, matawang pound susut lebih rendah, menguji paras harga 1.38000 ketika dolar greenback menunjukkan kekuatan pada pembukaan sesi Eropah. Kenyataan daripada pembuat dasar Bank of England (BOE) sebelum ini telah memberi keuntungan sementara buat pound untuk melonjak tinggi pada Khamis.

Matawang euro pula terus didagangkan berlegar di sekitar harga $1.1803 ketika raja matawang itu terus meraih pengukuhan, tidak jauh daripada paras terendah tiga bulan berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat