Trader Perlu Tahu Perkembangan Logam Ini!

930

Harga emas meningkat menyusuli penurunan US dolar susulan kenyataan calon Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen mengenai kemungkinan untuk meningkatkan cukai dan langkah rangsangan besar-besaran.

Menjelang sesi Eropah, logam berharga itu meningkat lebih tinggi dengan didagangkan di sekitar paras harga $1,852 per auns (2.35 petang waktu Malaysia).

Ketika pengucapan di hadapan Jawatankuasa Kewangan Senat, Janet Yellen menggesa para penggubal undang-undang untuk bertindak lebih besar terhadap pakej bantuan coronavirus dan tidak terlalu bimbang dengan hutang yang tinggi.

US dolar jatuh dari paras tertinggi satu bulannya, mengikuti penyusutan dalam hasil perbendaharaan AS setelah Yellen mengatakan pemotongan cukai yang dilaksanakan pada tahun 2017 untuk syarikat-syarikat besar akan ditarik semula.

Selain itu, Yellen juga menolak penggunaan dasar kadar pertukaran untuk memberi kelebihan daya saing dalam perdagangan, berbeza dengan Steven Mnuchin yang berulang kali menyatakan pilihannya untuk dolar yang lebih lemah.

Pelabur kini menantikan upacara pelantikan rasmi Presiden Joe Biden pada hari ini, dengan tumpuan difokuskan kepada ucapan beliau mengenai dasar yang akan dilaksanakan di bawah pentadbirannya kelak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat