Trader Siap Sedia, Ini Situasi Pasaran Menjelang Tinjauan Perniagaan BOC!

547

Matawang Kanada pada hari ini mencatat penyusutan berbanding US dolar dalam sesi dagangan pasaran U.S berikutan pemain pasaran memberi tumpuan pada Tinjauan Peniagaan Bank of Canada (BOC). Hal ini secara tidak langsung mengurangkan keuntungan loonie yang dikecapi pada Jumaat lepas.

Matawang Loonie didagangkan 0.3% lebih rendah berbanding US dolar iaitu pada paras dagangan 0.80905 setakat jam 9.50 p.m. Pada hari Jumaat lepas, matawang CAD telah mencatat kenaikan terbesar dalam 8 minggu dengan mengukuh hampir 1% setelah bacaan NFP memberi indikasi bahawa the Fed akan menunggu lebih banyak data sebelum mengurangkan kadar pembelian bon dan menaikkan kadar faedah.

Tinjauan Perniagaan dijadualkan akan dikeluarkan pada 10.30 p.m nanti. Bacaan ini boleh memberi petujuk kepada Bank Pusat mengenai prosepk ekonomi negara. Segelintir pengganalisis menjangkakan bahawa bank pusat akan mengurangkan pembelian bon lagi pada pengumuman polisi minggu hadapan.

Saham dunia terus melonjak naik walaupun terbatas berikutan kebimbangan mengenai varian Delta COVID-19. Perdagangan volume tidak begitu besar seperti sebelum ini berikutan Amerika Syarikat melanjutkan penutupan ekonomi sehingga akhir minggu lepas.

Harga minyak, yang merupakan salah satu eksport utama Kanada terus melonjak naik, didorong perselisihan OPEC + mengenai dasar output. Harga minyak mentah U.S naik 0.2% kepada $ 75.33 setong. Indeks US dollar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.16% kepada paras dagangan 92.263.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat