Trader Tak Terkejut Pun Kalau GBP/USD Terus Menjunam Minggu Ini

511

Pound Sterling kekal didagangkan lemah seperti yang dijangkakan dengan tekanan terus meningkat terhadap matawang British itu.

Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengumumkan arahan sekataan terbaru sementara Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey tidak melihat pelaksanaan kadar faedah negatif buat masa terdekat.

Rundingan Brexit kembali menjadi tumpuan pelabur Pound berikutan Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier berangkat ke London untuk satu rundingan tidak rasmi.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD bergerak menurun sejak awal minggu dengan tekanan turut didorong oleh pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Sentimen pasaran berisiko serta pandangan positif Federal Reserve (Fed) untuk meningkatkan kadar faedah walaupun inflasi belum mencapai sasaran 2%, terus menyokong momentum dagangan US dolar.

Penurunan harga semalam telah berjaya melepasi paras support 1.27600 setelah harga yang melonjak ke zon SBR (support become resistance) 1.28500 kembali meneruskan penurunan semula.

Menjelang data ekonomi UK pada jam 4.30 petang waktu tempatan, harga telah pamerkan penurunan di awal sesi Eropah setelah bergerak perlahan di sesi sebelumnya.

Penurunan harga menuju paras sokongan sekitar 1.26700-1.26400 yang merupakan zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu berkemungkinan menuju paras tumpuan 1.25000.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, paras tumpuan sebelum ini seperti 1.27600 dan zon SBR 1.28500 akan kembali diuji semula.

Harga boleh mencapai kenaikan sehingga ke paras rintangan 1.30000 jika perubahan trend harga berlaku.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat