Trading Satu Bentuk Perjudian Adalah Tanggapan Umum Yang Salah

1,780

Terdapat ramai individu yang salah faham mengenai trading sehinggakan mereka takut untuk memulakannya. Mereka beranggapan bahawa trading merupakan salah satu aktiviti perjudian atau skim cepat kaya sedangkan mereka belum pernah menjalankannya.

Artikel ini akan menjernihkan semula kefahaman anda mengenai trading.

Kebanyakan orang berfikir bahawa trading adalah salah satu bentuk perjudian kerana struktur pasarannya dan cara para traders berurusniaga.

Sesetengah individu langsung tidak mengambil tahu mengenai trading lalu berpendapat bahawa ianya satu jalan pintas bagi mendapatkan wang. Hanya dengan tawar menawar, anda boleh untung.

Hakikatnya, sebelum memulakan trading, anda perlu menganalisis pasaran yang merangkumi analisis teknikal dan fundamental.

Pekerjaan berkenaan bukanlah berdasarkan teka-teki yang dipamerkan pada carta sebaliknya, memerlukan pengetahuan yang betul berkaitan pasaran.

Di samping itu, trading memerlukan latihan supaya dapat mengelakkan kerugian. Segala ilmu yang diperolehi melalui buku-buku berkaitan trading mestilah dipraktikkan melalui akaun demo.

Buku-buku penting yang perlu difokuskan ialah berkaitan dengan asas-asas trading, pengurusan wang dan psikologi trading kerana ini akan membentuk sistem trading setiap individu itu sendiri.

Seterusnya, trading merupakan satu kerjaya yang profesional. Untuk memperoleh keuntungan, anda perlu mahir tentang selok-beloknya secara menyeluruh.

Dan akhir sekali, para traders mestilah memupuk sifat sabar dan berdisiplin kerana perlu bertindak dengan bijak sebelum menjalankan trading.

Kesimpulannya, trading bukanlah satu bentuk perjudian atau pun skim cepat kaya tetapi merupakan satu pekerjaan yang memerlukan ilmu dan kepakaran yang tinggi tentang pasaran.

Oleh itu, sebarang salah faham yang menghuni di benak fikiran anda perlu diusir jauh-jauh. Jadi, jangan ragu-ragu untuk mulakan trading!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat