Tragis! Syarikat Vauld Umum Terpaksa Hentikan Pengeluaran!

498

Pemberi pinjaman kripto Vauld pada hari Isnin mengambil keputusan untuk menghentikan semua pengeluaran, perdagangan dan deposit buat sementara waktu di platform mereka. Dalam masa yang sama, syarikat tersebut memaklumkan sedang meneliti pilihan penstrukturan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Vauld Darshan Bathija berkata dalam catatan di laman web mereka pada hari Isnin bahawa syarikat itu sedang berhadapan “cabaran kewangan” disebabkan “keadaan pasaran yang tidak menentu, kekangan kewangan rakan kongsi perniagaan utama kami yang tidak dapat dielakkan memberi kesan kepada kami, dan keadaan pasaran semasa” ” yang akhirnya telah mendorong para pengguna untuk mengeluarkan lebih daripada $197.7 juta di platform sejak 12 Jun.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu berkata ia sedang bekerjasama dengan penasihat kewangan dan undang-undangnya untuk” mencari dan menganalisis semua pilihan yang berpotensi, termasuk pilihan yang penstrukturan semula yang dapat melindungi kepentingan pemegang saham Vauld.”

Langkah Vauld untuk menghentikan pengeluaran dilakukan kurang daripada tiga minggu selepas Ketua Pegawai Eksekutif Bathija berkata syarikat itu “terus beroperasi seperti biasa walaupun keadaan pasaran tidak menentu.” Dalam catatan laman web 16 Jun, Bathija berkata pengeluaran sedang “diproses seperti biasa dan ini akan terus berlaku pada masa hadapan.” Malangnya hal tersebut tidak dapat diteruskan.

Dengan ini Vauld telah menjadi mangsa terbaru kesan daripada kejatuhan harga mata wang kripto tahun ini. Bitcoin mempunyai prestasi suku tahunan terburuk sejak 2011 pada suku kedua. Berbilion dolar telah hilang daripada nilai pasaran mata wang kripto dalam tempoh tiga bulan.

Sementara itu, Hedge fund Three Arrows Capital berhadapan situasi default apabila gagal membayar pinjaman lebih $660 juta daripada Voyager Digital.Sebelum ini, Celcius juga mengambil langkah yang sama dengan menghentikan pengeluaran buat sementara waktu berikutan keadaan pasaran yang kurang baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat