Travala.com (AVA) Platform Tempahan Pelancongan Versi Kripto!

158

Travala.com sebuah platform tempahan pelancongan (travel booking) terkemuka yang berasaskan blockchain, disokong oleh Binance.

Travala.com membolehkan orang ramai menempah lebih daripada 3,000,000 produk pelancongan termasuk penginapan, penerbangan dan aktiviti di serata destinasi dalam negara dan wilayah di seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2017 menggunakan token asli AVA oleh Steve Hipwell, Matt Luczynski dan Juan Otero.

Menariknya, prinsip utama dan matlamat Travala.com adalah untuk membuat pembayaran kripto dengan pilihan mainstream dalam industri pelancongan.

Meneliti carta pergerakan harga AVA/USDT, pergerakan harga dapat mengambil peluang sejak kemeriahan Bull season yang lalu dengan menghasilkan lonjakan lebih 800% sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai $6.48 pada 14 April yang lalu.

Setelah itu, Ava menyaksikan pergerakan harga yang lemah pada pembukaan pasaran bulan Jun, menyusut ke paras sokongan sekitar $1.9 disebabkan sentimen pasaran yang kurang mendapat sokongan, begitu juga matawang kripto yang lain.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dapat dilihat sedang berlegar-legar didalam ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $2.2 untuk menguji perubahan trend samada membuat kenaikan atau penurunan.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga berjaya menembusi ruangan zon RBS sekitar $2.2 tersebut, zon SBR (support become resistance) sekitar $2.5 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika harga Ava menyaksikan penurunan harga, paras sokongan sekitar $1.9 tersebut adalah menjadi tumpuan utama sama ada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke zon terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, AVA/USDT didagangkan $2.1 susut lebih 5% dengan nilaian pasaran lebih $100 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-258 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto AVA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat