Trend Kenaikan EUR/USD Terbantut Sementara Tumpuan Beralih Pada Mesyuarat ECB

309

US dolar mula paparkan pengukuhan pada dagangan menuju ke penghujung minggu ekoran sentimen pasaran yang dinilai berisiko.

Menambah kebimbangan terhadap kesan kemelesetan ekonomi, kebanyakan syarikat gergasi dunia dilaporkan menghentikan sementara waktu pengambilan pekerja serta mengurangkan bilangan pekerja sedia ada seperti Google dan Ford.

Justeru, kelebihan kembali beralih kepada mata wang safe-haven US dolar semula sebelum tumpuan kepada mesyuarat FOMC minggu hadapan pula.

Mata wang Euro mula didagangkan perlahan semalam selepas paparkan prestasi cemerlang sejak awal minggu dengan pelabur kini sedang menantikan keputusan mesyuarat bank pusat Eropah.

Pasaran terus berteka-teki sama ada European Central Bank (ECB) bakal menaikkan kadar faedah sebanyak 25 atau 50 mata asas untuk mesyuarat polisi terbaru ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat mula pamerkan corak penurunan harga pada Rabu semalam, membantutkan trend kenaikan sebelum ini.

Harga dilihat gagal untuk melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Selasa lalu dengan paras 1.0270 menjadi rintangan sebelum harga catatkan penurunan harian lebih 100 pips semalam ke paras jangkaan support 1.01600.

Walaupun sedikit melantun lemah dari paras tersebut untuk dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi Khamis ini, pelabur bersedia untuk penurunan lebih rendah harga setelah harga susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang menjadi isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan dilihat bakal menuju pula ke paras 1.01000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lanjut harga seterusnya bakal menjejaki semula zon support utama pada paras pariti 1.0000 yang menjadi tumpuan minggu lalu.

Sebaliknya jika keputusan mesyuarat ECB sebentar lagi menyokong lonjakan buat Euro, harga bakal mengatasi ketinggian sebelum ini untuk ke paras rintangan seterusnya pada 1.03000.

Kenaikan yang diteruskan untuk menyambung pergerakan bullish harga dilihat akan mencapai semula ke paras tumpuan pada 1.04000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat