Trend Kenaikan Pasaran Global Terbantut Selepas Kebimbangan Kembali Melanda

327

Unjuran positif pasaran saham dunia terhenti pada paras tertinggi 2 minggu dan harga minyak jatuh pada Khamis selepas terdapat peningkatan sekatan di sebahagian dunia bagi membendung penyebaran varian Omicron Covid-19 telah menjejaskan keyakinan pelabur mengenai pemulihan ekonomi.

Saham Eropah ditutup rendah selepas pembukaan sesi yang tinggi sementara saham Wall Street menunjukan prestasi negatif dan indeks saham mewah Nikkei Jepun susut setengah peratus.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berundur dari kenaikan 3 hari berturut-turut bagi nota penanda aras 10 tahun selepas data sekali lagi menunjukkan pasaran buruh yang mengecewakan menjelang mesyuarat inflasi pada Jumaat yang boleh mempengaruhi pembuat dasar Federal Reserve (Fed).

Hasil nota perbendaharaan 10 tahun jatuh 1.5% dan menurun 1.8 mata asas pada 1.491%.

Dalam pada itu, dolar meningkat berbanding sekumpulan mata wang apabila amaran daripada ketua ekonomi International Monetary Fund menambah kebimbangan Omicron dan kekurangan minat terhadap mata wang serta aset lain yang dianggap’ berisiko’.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang berbanding 6 mata wang lain naik naik 0.27% pada 96.214 sementara Euro jatuh 0.42% pada $1.1294 dan Yen susu 0.21% pada $113.42.

Pasaran Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial melantun namun ditutup tidak berubah sementara S&P 500 susut 0.72% dan Nasdaq Composite hilang 1.71%.

Sektor penjagaan kesihatan dan keperluan pengguna adalah 2 daripada 11 sektor S&P yang memperoleh keuntungan.

Indeks MSCI seluruh dunia susut 0.60% dan indeks meluas STOXX Eropah 600 jatuh 0.08% namun saham pasaran naik 0.54%.

Harga minyak jatuh selepas beberapa kerjaan dunia melaksanakan langkah bagi membendung penyebaran Omicron sementara penurunan penarafan oleh 2 pemaju hartanah China telah mencetus kebimbangan terhadap ekonomi pengimport minyak terbesar dunia itu.

Indeks saham mewah CSI300 China naik 1.7% dan menngkat 3.6% pada minggu ini.

Harga minyak mentah Brent susut $1.40 pada $74.42 setong sementara harga minyak mentah AS jatuh $1.42 pada $70.94 setong.

Emas jatuh selepas dolar mengukuh dengan niaga hadapan emas susut 0.5% pada $1,776.70 per auns.

Bitcoin menurun 5.70% pada $47,645.13.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat