Trend Masih Bullish, Namun Kenaikan GBP/USD Terhalang Di Paras $1.24000

281

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD kembali paparkan corak kenaikan harga semula pada Khamis semalam, mengekalkan pergerakan trend bullish.

Pada Rabu lalu harga telah berjaya melonjak sedikit melepasi paras 1.24000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu sebelum pamerkan penurunan semula di sesi New York hari tersebut.

Penurunan harga walau bagaimanapun masih tidak melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, menunjukkan belum berlaku perubahan trend.

US dolar yang bergerak suram semalam menunjukkan penyusutan menuju penghujung sesi New York, mendorong kenaikan harga berlaku setelah pelabur menyaksikan harga mendatar di sesi Asia dan Eropah sebelumnya.

Pound masih dijangka mampu mengatasi US dolar susulan terbitan data inflasi UK yang masih berada di paras yang tinggi, menjangkakan bank pusat England (BOE) akan meneruskan pengetatan dasarnya.

Kenaikan semula harga semula dilihat menuju ke paras rintangan 1.24000, sebelum harga perlahan di bawah paras tersebut bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Harga dijangka akan menyambung lagi kenaikan setelah menembusi rintangan 1.24000 sebelum sasaran seterusnya menuju ketinggian 1.25000 pula.

Berjaya mencapai paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 7 bulan.

Namun, jika paras 1.24000 kekal menghalang harga dari naik lebih tinggi, sebaliknya harga membuat penurunan semula, zon 1.23000 dilihat bakal diuji harga.

Susut lebih rendah melepasi zon tersebut dilihat akan menuju ke zon tumpuan berikutnya pada 1.22000.

Pelabur akan lebih berwaspada di penghujung dengan jangkaan pergerakan harga yang tidak menentu dan menambahkan lagi risiko pada dagangan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat