Trend Penurunan Harga EUR/USD Bakal Bermula Minggu Ini?

459

Penutup dagangan pada minggu lalu kembali menyaksikan US dolar mula paparkan pengukuhan pada Jumaat selepas bergerak lemah sepanjang minggu lalu.

Adakah jangkaan untuk US dolar buat ‘comeback’ kembali sudah bermula?

Ini adalah berikutan langkah pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) sebelum ini yang bakal mendorong peningkatan US dolar. Mesyuarat FOMC pada minggu hadapan bakal jadi tumpuan.

Namun pelabur ingin melihat sama ada pengukuhan US dolar bakal berlaku pada awal minggu ini bagi mengakhiri prestasi suram minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah mencapai paras ketinggian pada 1.14800 minggu lalu mencatatkan paras tertinggi terbaru 9 minggu.

Namun pada Jumaat menyaksikan harga mula membuat penurunan semula ke paras sokongan 1.14000 menguji zon RBS (resistance become support) terbaru tersebut.

Pergerakan harga di bawah paras Moving Average 50 (MA50) semula telah memberi isyarat untuk trend bearish harga pada carta EUR/USD. Adakah US dolar bakal mengukuh untuk menyokong situasi penurunan harga itu?

Jika berlaku, harga boleh menjunam lebih rendah melepasi zon RBS 1.14000 dan akan kembali mensasarkan zon sokongan sebelum ini sekitar 1.12500 dan support 1.12000.

Namun jika US dolar kekal bergerak lemah dan menyambung kenaikan semula, paras ketinggian yang dicapai minggu lalu berkemungkinan akan diatasi.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon rintangan tumpuan pada 1.15300 yang sebelum ini menjadi zon penting pada dagangan Oktober dan November lalu.

Kenaikan ke paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru dicapai harga untuk tempoh dagangan 10 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat