Trio Data Pekerjaan Amerika Syarikat Bakal Menjadi Penggerak Utama Pasaran Malam Ini

1,049

Kenyataan FOMC yang dovish mendorong lagi penjualan matawang USD dan meningkatkan permintaan terhadap matawang yang berisiko seperti AUD dan NZD sementara itu Yuan merosot berbanding AS Dolar selepas aktiviti pembuatan China untuk Januari menguncup kepada paras terendah sejak Februari 2016 sekaligus menghapuskan semua kenaikan tiga hari sebelum ini. Semua ini berlaku menjelang cuti Tahun Baru Cina minggu depan dengan pasaran ditutup sepanjang minggu.

Namun dari sudut positif, Presiden Donald Trump memberi bayangan selepas perbincangan perdagangan bahawa pertemuan kemuncak dengan rakan sejawatannya, Xi Jinping pada bulan Februari dapat memastikan kenaikan tarif import A.S. ke atas barangan China pada bulan Mac dapat dielakkan.

Dalam sesi dagangan Eropah hari ini, Sterling menyambung penurunannya selepas data pembuatan PMI untuk bulan Januari mencatatkan angka yang mengecewakan pada paras terendah sejak 3 bulan.

“Rob Dobson, Pengarah di IHS Markit mengulas mengenai sektor pembuatan UK ini dengan mengatakan permulaan 2019 melihat pengeluar Britain sedang membuat persiapan untuk menghadapi Brexit”

Bukan itu sahaja yang berada dalam sesi Eropah, data inflasi Eropah juga membantu prestasi matawang mereka untuk melonjak kembali selepas kejatuhan semalam. Inflasi teras mengeluarkan bacaan yang lebih tinggi pada +1.1% daripada +1.0% pada Disember. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada ECB bahawa inflasi ini dapat membantu meredakan kebimbangan buat masa ini.

Tumpuan pelabur pada sesi New York sebentar nanti akan terarah kepada 3 set data pekerjaan pada jam 9:30 malam ini yang akan dikeluarkan di Amerika Syarikat iaitu Non-Farm Payrolls, purata pendapatan dan kadar pengangguran. Data untuk NFP dan purata pendapatan diramalkan menurun sementara kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.9%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat