Trader Boleh Menang Trip Bercuti ke London, Tokyo, Dubai dengan Hanya Main Game?

0 574

Bagi forex trader yang masih belum mengenali FBS, FBS merupakan broker antarabangsa yang ditubuhkan pada 2009 dengan kehadiran lebih daripada 190 buah negara dan memiliki pelanggan seramai lebih 13,000 000 orang. Terbaru, syarikat berkenaan telah melancarkan sebuah kempen pemasaran yang menarik perhatian ramai khususnya pengguna laman sosial.

Apakah bentuk kempen yang diperkenalkan oleh mereka?

Kempen tersebut dikenali sebagai ‘Trip for Pip’. Bagaimana untuk turut serta dalam kempen ini? Mudah sahaja, anda hanya perlu bermain game ini!

‘Trip for Pip’ ialah sebuah permainan pencarian percuma untuk desktop dan telefon pintar. Para pemain perlu membantu sebuah watak kartun yang dikenali sebagai ‘Pete’ untuk melarikan diri daripada rutin hariannya dan meneroka gaya hidup trading.

Ianya merangkumi aspek melepaskan diri daripada dimarahi oleh majikan dan rakan sekerja yang sentiasa mengganggu, berpakaian seperti seorang trader, serta menjawab kuiz semasa meneroka peluang Forex dengan cara yang menyeronokkan.

Untuk lebih faham cara untuk menangi game ini dan berpeluang bercuti tajaan percuma dari pihak FBS, mari kita berkenalan dengan Pete secara lebih dekat dan apakah yang terjadi kepadanya?

Pete merupakan seorang pekerja pejabat biasa. Beliau menjalani sebuah kehidupan yang membosankan, kekurangan wang dan mempunyai keinginan untuk bercuti. Di samping itu, beliau turut mengimpikan sebuah gaya hidup baru tapi, masih samar-samar.

Kisahnya berkembang apabila Pete berani menyahut cabaran dan menjadikan trading sebagai alternatif untuk mencipta lebih banyak wang. Jika Pete banyak belajar, maka peluang anda untuk menginap di hotel 5 bintang adalah cerah!

Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan, para peserta akan diberikan ganjaran dalam bentuk ‘pip’. Terdapat 7 tugasan dalam permainan ini yang merangkumi pelbagai jenis aktiviti seperti pemakaian, permainan The Office Escape, kuiz dan banyak lagi.

Semuanya adalah secara percuma! Di samping itu, permainan tersebut boleh dihentikan dan disambung semula pada bila-bila masa sahaja. Menarik, bukan?

Bagaimana untuk mula bermain?

1. Anda perlu mendaftar [KLIK SINI] untuk permainan tersebut dari 28 Oktober hingga 28 November.
2. Selesaikan tugasan yang diberikan dan perlu mengumpulkan lebih daripada 100 pip.
3. Anda perlu mengambil bahagian dalam proses undian pemenang.

Hakikatnya, seorang peserta tidak perlu untuk menyelesaikan ketujuh-tujuh tugasan. Sebaliknya, jika anda telah berjaya memperolehi lebih daripada 100 pip, permainan tersebut akan ditamatkan dan secara automatik anda akan tersenarai dalam senarai pendek pemenang.

Seterusnya, pemilihan pemenang akan dibuat melalui undian secara langsung pada 5 Disember jam 2 petang di laman Facebook rasmi FBS.

Apakah hadiah yang ditawarkan?

Hadiah utama yang diberikan ialah sebuah percutian ke salah satu negara paling cantik di dunia iaitu London, Tokyo atau Dubai.

Pemenang boleh memilih destinasi yang mereka minati dan berbincang tentang tarikh yang sesuai supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan kertas kerja. (Jika perlu)

FBS akan menaja dua tiket penerbangan kelas ekonomi (round trip) dan penginapan di hotel bertaraf 5 bintang. Di samping itu, wakil FBS akan membantu para pemenang berkaitan dokumen visa dalam kes-kes tertentu manakala kertas kerja perlu disediakan sepenuhnya oleh pemenang.

Menariknya, permainan ini boleh dimenangi oleh sesiapa sahaja tidak semestinya trader sepenuh masa. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya!

Klik sini untuk maklumat lanjut – Daftar Trip For Pip dan Menang!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.