Triple A Untuk Apple, Penarafan Apple Naik Kepada ‘AAA’!

255

Ahli gusti Triple H mungkin tergugat kerana Apple ada Triple A.

Penarafan kredit jangka panjang Apple Inc dinaik taraf oleh agensi penarafan Moody kepada ‘AAA’ ekoran ‘kecairan luar biasa’ dan pendapatan kukuhnya.

Kenaikan taraf tersebut menyaksikan Apple menyertai syarikat elit seperti Microsoft dan Johnson & Johnson yang telah diberi ranting tinggi oleh Moody.

Pendapatan fiskal 2021 Apple mencanak 65% sementara hasilnya menokok 33% dek permintaan yang kukuh terhadap produk dan perkhidmatannya semasa pandemik.

Menurut penganalisis Moddy, Raj Joshi, Apple berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai jenama yang premium dan menjangkakan pendapatan Apple akan terus meningkat dalam tempoh 2 ke 3 tahun mendatang.

Walau bagaimanapun, Apple tetap akan menghadapi risiko pelaksanaan kitaran produk, keperluan menyesuaikan diri dengan perubahan pilihan pengguna dan pengurusan rantaian bekalan selain masalah bekalan yang sedang dihadapi mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat