TRON (TRX) Tak Ketinggalan Tampil Dengan Pergerakan Ghairah Harga!

566

TRON turut tampil dengan pergerakan harga yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, seiring prestasi rakan kripto lain seperti BTT dan JUST.

Dalam masa yang sama, TRON juga masih lagi berusaha dalam melancarkan beberapa projek untuk memajukan dan meluaskan penggunaan coin TRX.

Terbaru, TRON melancarkan dana ‘TRON Arcade’ dengan kerjasama perintis projek NFT, APENFT dan projek DeFi, WINKLink.

Ekoran itu, TRON menghasilkan lonjakan lebih 17% mencatatkan paras tertinggi $0.085 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Sementara itu, jom lihat carta pergerakan harga TRX/USDT.

Sesi dagangan bulan Ogos, Tron hampir menghasilkan 50% lonjakan secara positif mencatatkan paras tertinggi terbaru $0.091 dalam beberapa jam yang lalu.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih dengan pergerakan harga yang positif dan sedang berlegar-legar diatas paras RBS (resistance become support) sekitar $0.084.

Sekiranya pergerakan harga TRX kekal dengan pergerakan yang positif, sasaran kenaikan yang lebih tinggi dilihat bakal menguji kembali paras resistance sekitar $0.090.

Jika TRX dapat menembusi paras tersebut, pergerakan harga bakal membuat lonjakan yang lebih tinggi dan membuat paras tertinggi terbaru.

Namun, jika pergerakan harga mempamerkan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali paras RBS (resistance become support) sekitar $0.084 sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Pada masa penulisan, TRX didagangkan sekitar paras $0.086 melonjak lebih 6% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto TRX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat