Trump Akan Umum Pengerusi The Fed Yang Baru Seawal Minggu Hadapan

45

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari Khamis, Presiden Donald Trump telah merumuskan temuduga beliau dengan 5 calon yang telah disenarai pendek dan kini beliau sedang mempertimbangkan calon yang layak menduduki kerusi pengerusi Fed. Pengumuman calon itu dijangka akan dibuat seawal minggu hadapan.

5 calon yang telah disenarai pendek ialah pengerusi Fed terkini, Janet Yellen, Gary Cohn, merupakan penasihat ekonomi Trump, Gabenor Fed, Jerome Powell, bekas gabenor Fed, Kevin Warsh dan akhir sekali, John Taylor merupakan pensyarah ekonomi Universiti Standford.

Powell dilihat sebagai calon yang akan meneruskan legasi pengamalan polisi Yellen iaitu dengan meningkatkan kadar faedah secara bertahap. Selain Powell, Warsh juga dilihat sebagai calon utama yang terkehadapan.

Pada hari Khamis juga, hasil bon U.S mengalami kejatuhan selepas laporan Politco menyatakan Trump lebih memihak kepada Powell sebagai pengganti kerusi pengerusi Fed.

Trump juga dijangka akan mengumumkan calon pilihan beliau semasa berangkat ke Asia pada 3 November nanti.

Dalam pada masa yang sama, segelintir ahli U.S. House of Representatives’ Freedom Caucus telah melancarkan kempen bagi membantah pemilihan Janet Yellen sebagai penerus pengerusi Fed. Beberapa ahli konservatif Republikan juga mahukan muka baru sebagai pengerusi Fed.

Selain itu, segelintir ahli penting House Financial Services Committee juga menyuarakan hal yang serupa iaitu mengantikan Janet Yellen.

Walaubagaimanapun, ahli-ahli House tidak mempunyai pengaruh langsung dalam pemilihan calon sebagai pengganti kerusi pengerusi Fed. Keputusan pemilihan calon pengerusi Fed akan ditentukan oleh Senat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat