Trump Akhirnya Beralah!

462

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengaku akan meninggalkan White House sekiranya Dewan Pemilihan mengesahkan Joe Biden sebagai pemenang ketika pilihan raya Presiden.

Trump berkata demikian di White House selepas bercakap kepada tentera AS sempena Hari Kesyukuran.

Biden memenangi pilihan raya Presiden dengan 306 undi Dewan Pemilihan berbanding 232 yang diperolehi oleh Trump. Biden turut mendahului Trump dari segi undian populariti dengan kelebihan 6 juta undi.

Trump ketika ini enggan mengesahkan kemenangan Biden dan terus mendakwa pilihan raya berkenaan dipenuhi dengan unsur penipuan.

Walau bagaimanapun, dakwaan Trump itu disifatkan tidak berasas kerana beliau tidak mengemukakan bukti yang kukuh.

Dewan Pemilihan akan bermesyuarat pada 14 Disember kelak. Biden bakal dilantik secara rasmi sebagai Presiden pada 20 Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat